Genius aulad


Followers

Wednesday, July 24, 2013

Resepi Sup Ayam

Resepi sup ayam ni salah satu lagi resepi pengaruh sup kat restoran Ani's Sup Utara. Hehe...Ida memang suke makan sup kat situ, tengok lah sampai menu yang nak masak ni pun terbawak-bawak penangan sup kat Ani's Sup Utara. Rasa dan cara masak mungkin tak sama. Tapi boleh la..sedap..



Bahan-bahan:

  • 1/2 ekor ayam
  • 1 ulas bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 ulas bawang merah
  • 1 inch halia 
  • Sebatang kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1 sup bunjut
  • Sedikit lobak merah
  • 1 biji ubi kentang
  • Garam
  • Secukup rasa
  • Daun sup

Cara-cara:

  1. Rebuskan ayam dengan air secukupnya. Masukkan sup bunjut serta halia dan bawang putih yang diketuk. Biarkan mendidih dan empuk.
  2. Sementara tu, tumis bawang merah, kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang. Then, masukkan dalam sup tadi. 
  3. Masukkan ubi kentang, lobak merah yang dipotong kasar/besar.
  4. Biarkan ubi kentang empuk. Masukkan garam dan secukup rasa.
  5. Masukkan bawang besar yang dihiris dan cili. 
  6. Siap. Tabur dengan bawang goreng dan daun sup. Sedia di hidang.  

* Boleh juga blend bawang besar dan masukkan terus dalam sup. Kalau tak nak sup yang jernih gitu...:p



* Sedap dimakan dengan set nasi putih, ulam timun batang, dan telur masin ni. Nak lagi, tambah sambal belacan. Fuhhh....memang menyelerakan. Cubalah..:)




No comments:

Post a Comment

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...