Followers

Wednesday, July 24, 2013

Resepi Kerabu Kacang Panjang dan Taugeh

Salam Ramadan,

Kali ni Ida nak share salah satu resepi berbuka untuk hari ni iaitu kerabu kancang panjang dengan taugeh ni. Kalau bulan-bulan puasa cam ni tak sah kalau buat kerabu. Mesti buat untuk menu selingan disamping menu-menu utama yang lain. 

Okey..resepinya senang je. Tapi part yang malas sket nak kena potong nipis sume bahan...huhh...penat. 

Bahan-bahan:

Hiris:
  • 4-5 batang kacang panjang
  • Segengam taugeh
  • 1/2 batang bunga kantan
  • 2-3 helai kubis putih
  • 3-4 biji cili merah
  • 1 batang serai
  • 1 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang besar
Gaul:
  • 1@2 sudu kerisik (kelapa goreng dan ditumbuk)
  • 1 ekor ikan rebus (ditumbuk)
  • 2-3 sudu jus limau nipis
  • Gula, garam, secukup rasa


Cara-cara:
  1. Hiris nipis-nipis kesemua bahan kerabu kecuali taugeh tak perlu hiris.
  2. Gaulkan kesemua bahan-bahan yang dihiris.

       3. Siap. Sedia dihidang.






No comments:

Post a Comment

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...