Followers

Wednesday, July 24, 2013

Resepi Daging Goreng Kunyit

Bila tengok daging goreng ni, teringat time Ida kecik-kecik, suka makan dengan nasi digaul bersama-sama dengan minyak goreng daging sekali. hehehe.....Sedap rasanya. Cara nak masak pun senang. Sedap dimakan dengan ulam-ulam kampung. Ok ni resepi daging goreng yang Ida buat..:)


Bahan-bahan:
  • 200-300gm daging lembu
  • 2 ulas bawang merah 
  • 1 ulas bawang putih 
  • 1 biji bawang besar 
  • Lada merah 1 biji dihiris serong
  • Sedikit serbuk kunyit (kunyit hidup lagi ok)
  • Garam secukupnya
  • Secukup rasa
  • Minyak masak


Cara-cara:
  1. Hiris daging. (Jangan terlalu nipis atau terlalu tebal).
  2. Perap hirisan daging dgn garam dan kunyit secukup rasa dalam 20 minit.
  3. Masak daging yang perap ke dlm kuali sehingga kering air dan empuk.
  4. Apabila air daging kering, masukkan minyak masak dan goreng seperti biasa
  5. Selepas goreng seketika, masukkan bawang merah dan bawang putih yg dimayam. 
  6. Kemudian, masukkan hirisan bawang besar dan lada dan gaul rata.
  7. Siap. Sedia dihidang.


* Boleh juga dimasukkan kacang panjang yang telah dipotong dan kicap manis.

No comments:

Post a Comment

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...