Followers

Thursday, December 5, 2013

Resepi Pavlova Yummy;P

Pavlova oh Pavlova...:) Rasanya ramai yang dah rasa dan dah buat sendiri Pavlova ni kan. Sekarang Pavlova Dessert dah jadi favorite husband pulak. Mana taknya selang dua hari sekali suh buatkan Pavlova ni. Katanya sedap, tak muak macam makan kek, yelakan..ianya bukan kek..dah nama pun dessert.hehe...

Resepi Pavlova ni Ida rujuk kat resepi Kak Ana-Cahaya Cintaku. Mula-mula nak buat risau jugak takut tak menjadi, tapi alhamdulillah menjadi jugak..:) Caranya pun senang je, cuma part nak menunggu masak tu lama..hehe...


Okey, sape-sape yang nak cuba sendiri resepi Pavlova ni boleh la cuba. First time buat ni..teruja sangat..one by one 'snap' photo..hehe..nanti senang korang nak tengok satu persatu langkahnya kan..


Bahan-bahan:

  • 4 biji telur (di ambil putih telur sahaja)
  • 1 cawan gula kastor (tapi Ida kurangkan sedikit, sebab tak nak terlalu manis)
  • 1 camca besar tepung jagung
  • 1 camca teh cuka makan
  • 1/2 camca teh esen vanilla 

Untuk toping:
  • Whipping cream (Non Dairy - Bukan Tenusu)
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • Buah-buahan segar secukupnya 

Cara-cara:

1.  Panaskan oven pada suhu 150C, sediakan kertas minyak.

2.  Asingkan putih telur dan kuning telur. Ambil putih telur sahaja. (hati-hati jangan bercampur sekali dengan kuning telur)

3.  Putar putih telur hingga berbuih dan kental. (tidak jatuh jika diterbalikkan)


4.  Kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit sambil diputar hingga kental dan berkilat. 


5.  Masukkan cuka makan dan tepung jagung, gaul rata perlahan-lahan adunan tadi. 

6.  Kemudian bentukkan ikut suka di atas kertas minyak tadi, terpulang la tapi kalau nak lukis bulatan dulu pun boleh atas kertas minyak tu supaya senang nak bentuk.




7.  Bentukkan ala-ala macam tebing gitu, supaya senang nak letak toping kat atasnya. 


8. Masukkan ke dalam oven dengan suhu 140C-150C dan bila dah nak masak boleh turunkan suhu menjadi 120C. Bakar selama 1 jam 15 minit.


9. Bila dah masak, jangan keluarkan lagi pavlova tu, buka sedikit pintu oven tu dan biarkan ia sejuk dalam oven seketika (lebih kurang 10 minit).

10. Sambil-sambil menunggu pavlova masak boleh la sediakan whipping cream dan buah-buahan.

Time ni tak de buah strawberry, just guna oren, kiwi, dan anggur.
(potong ikut suka)

Penyediaan Bahan Toping (Whipping Cream)

Sebagaimana yang disuggestkan oleh chef-chef kat blog-blog resepi..Ida pun gunakan Whipping cream brand Rich's ni jugak. Beli kat kedai menjual alat-alat dan bahan-bahan kek. 

Bahan-bahan toping. Abaikan objek kat belakang tu yer
biasa la atas meja sume ada..hehe...

Cara-cara:

1.  Putarkan whipping cream sehingga kental. 

2.  Masukkan esen vanilla.

Macam ni la rupa whipping cream setelah kental. Ida tak masukkan gula,
sebab whipping creamni rasanya dah manis. Tapi kalau korang
nak masukkan, boleh masukkan sedikit.

3.  Selepas tu baru ambil pavlova tadi, paipkan whipping cream ditengahnya dan susun buah-buahan segar mengikut kreativiti.

Cam gini la rupenya pavlova yang telah siap dibakar ni yerk...:)

Sapu dengan whipping cream yang disediakan tadi. 

Ida sapukan seluruh permukaan. Kalau nak letak kat tengah je pun boleh.
Terpulang okey..

Tadda......Hasilnya....:)




Yummmy...!! Sedap sehingga menjilat jari..:) Okey selamat mencuba yer..



2 comments:

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...