Salam semua...
Pasal makan lagi. Kali ni kat Pizza Hut, Wangsa Maju. Haa....Restoran fast food lagi. huhu... Untuk pengetahuan semua, Ida bukan la penggemar pizza pun, tapi kali ni just nak tukar selera. hehe....Boring makan kat McD dan KFC so, this time nak makan kat pizza hut pula. Bukan selalu husband ajak makan kat sini tau. hehe...Lagi pun terliur tengok iklan kat tv tu. Pizza dengan keju...macam best je..Ini la orang cakap pengaruh iklan yang berjaya kan...kan..huhu..
Bab-bab menu kat pizza hut ni, memang kiteorang failed la. Mane taknya selalu je susah nak buat pilihan nak makan apa. Normally, bila time nak order..Ida akan tanya pelayan kat situ je. Jenuh la pelayan kat situ kene explain dulu..hehe...Tak pun, kiteorang just pilih 'menu of the day' atau dengan kata lain menu set for special promotion pada hari tersebut.
So...Menu of the day kami ialah..Cheesy Bites Trio Seafood Sensation untuk dua orang. Wow..Nama menu pun panjang, nak menyebutnya pun berbelit lidah..hehehe... So, apa yang ada dalam set menu ni ialah, Chessy Bites Trio Seafood Pizza, Mushroom Soup, Garlic Bread dan minuman Mountain Dew.
Cheesy Bites Trio Seafood Sensation |
Garlic Bread |
Soup-of-the-Day |
2 Glassed of Mountain Dew |
Our hero, sejak dua menjak ni macam ni la telatahnya. Tak nak duduk atas kerusi. Makan pun kene bersuap kat bawah...Kanak-kanak tengah membesar la kata kan...memang suka explore benda-benda baru ni kan..
Dari segi layanan kat Pizza Hut ni pula..tak usah cakap la, memang tip-top la setakat ni. Ini la yang membuatkan Pizza Hut berbeza antaran McD dan KFC yang kene layan diri (self service). Restaurant environment nya pun bagus. Hmm... Berbaloi la sebab kat sini ada service charge yang dikenakan.
Okey..rasanya itu sahaja la cerita makan Ida pada kali ni..hehe...Have a nice day ok...=))
lama dah tak pekena pizza.
ReplyDeletejarang2 sekali pekena pizza..=)
Deletesedap2..iklan kt tb ritu er..sedapnye tb xtry lg ni..muak x?
ReplyDeletenk ckp muak rasanya x kot..tp selalunya mkn pizza stakat 2keping tu boleh la..yg slebihnya selalunya berbungkus..huhu
Deleteemm sedapnya..dh lm plan nk p mkn tp tak jdi2 plan pun..huhu
ReplyDeleteboleh tahan la rasanya Mime..tambah2 lagi bg pnggemar keju..:P
Delete