Followers

Thursday, December 12, 2013

Resepi Red Velvet Cup Cake

Akhirnya dah menjadi Red Velvet Ida. Seronoknya bukan kepalang..hehe... Tapi, kali ni Ida buat Red Velvet Cupcake. Bukan apa, saja nak try cupcake pulak. Senang nak makan, tak payah nak potong-potong.


Banyak jugak resepi-resepi rujukan untuk buat Red Velvet ni. Pening dibuatnya..So, dalam banyak-banyak resepi Ida tertarik dengan resepi Kak Azie (Azie Kitchen) untuk kek, tetapi kuantiti bahan-bahan yang digunakan Ida kurangkan (sebab rasanya Kak Azie buat untuk kuantiti cupcake yang banyak kot). Manakala untuk buat Cream Cheese Frosting pula Ida refer resepi dari Zalin Zalina sebab bahan-bahan yang digunakan lebih senang. Adunan yang Ida buat ni dapat 32 biji cupcake. Cukup la, sekadar untuk buat makan 3, 4 orang je. hehe.. 

Ida bukan pro pun buat kek, tapi resepi ni sekadar untuk rujukan untuk buat next time pulak. Lagi pun resepi ni Ida dah ubah-ubah, tapi still rujuk resepi asal.

Red Velvet Cupcake

Bahan A:
250gm tepung Superfine (diayak)

Bahan B:
125gm unsalted butter 
1 cawan gula kaster
2 biji telur (saiz besar-suhu bilik) Ida guna 3 biji telur sebab saiz kecil

Bahan C:
4 sb pewarna merah bright 
2 sb cocoa powder
1 sk vanilla essence

Bahan D:
1/2 sk garam halus
1 cawan buttermilk

Bahan E:
1 sk cuka makan
1 sk baking soda

Cara cara:

Terlebih dahulu kena panaskan oven pada suhu 170 C. Sediakan 2 atau 3 loyang bersaiz 9 inci (23cm) dan griskan dengan butter pada dasar loyang. Kemudian alaskan dengan kertas minyak. (Ini kalau nak buat kek la..)

Okey..Let start!

1. Mula-mula, pukul butter dan gula dari bahan B hingga kembang dan gebu. Kemudian, masukkan telur satu persatu, pukul lagi hingga sebati.

2. Kemudian, dalam bekas yang lain, satukan semua bahan C dan masukkan ke dalam adunan yang di pukul tadi. Pukul lagi hingga sebati.

3.  Untuk bahan D iaitu garam dan buttermilk juga dicampur bersama dalam bekas yang lain.

4.  Kemudian masukkan bahan D yang dicampur tadi dan tepung superfine (bahan A)  secara berselang-seli sehingga hingga habis. Pukul hingga sebati tapi jangan terlebih pukul.

5.  Selepas itu untuk bahan E iaitu cuka dan baking soda, satukan didalam bekas kecil yang lain dan biarkan berbuih. Dengan cepat, tuang ke dalam adunan tadi dan gaul sebati.


6.  Ok dah siap untuk adunan, boleh la tuangkan adunan lebih kurang 2 sudu besar atau pun setengah cawan kertas tu. (Ida guna piping bag supaya tidak comot). Kalau nak buat kek, tuang dalam loyang yang telah disediakan tadi. 



7.  Bakar pada suhu 160C selama 20 minit atau sehingga masak untuk cupcake manakala 30 - 40 minit atau hingga kek masak untuk kek. 

8.  Setelah masak biarkan kek sejuk dalam 10 minit. 



Note:
  • Bagi memudahkan untuk menyapu inti dan krim biarkan kek sejuk sepenuhnya terlebih dahulu. Balut dengan pembungkus plastik dan sejukkan sekurang-kurangnya 1 jam/semalaman sebelum menyapu krim.

Cream Cheese Frosting

Bahan-bahan:
  • 250 gm Cream Cheese (Ida guna Philadelphia Cream Cheese)
  • 100 ml atau 1/2 cawan Whipping Cream (Ida guna Whipping Cream jenama Rich's)
  • 100 gm atau 1/2 cawan Gula Kastor (boleh kurangkan gula untuk kurangkan manis)
  • 1/2 sk esen vanila (Ida tambah)
Cara-cara:
  1. Pukul cream cheese hingga lembut dan licin.
  2. Masukkan vanilla dan gula, pukul lagi hingga lembut.
  3. Kemudian masukkan  Whipping Cream sedikit demi sedikit sambil terus memukul sehingga sebati.
  4. Sapukan pada kek dan hiaslah ikut kreativiti masing-masing
Note:
  • Kalau rasa nak deko atas cupcake, krimnya kena kental sikit (krimnya tak perlu pukul lama sangat). Jika rasa dah terlebih pukul dan terlebih lembik, boleh masukkan dalam peti ais sekejap. Lepas tu baru boleh deko atas kek or cupcake. 

Cara Menyapu Cream Cheese

Untuk Kek
  1. Untuk kek, boleh gunakan serrated knife dan trimkan atas kek supaya rata. Kemudian potong setiap kek kepada dua lapisan. 
  2. Lapisan kek yang pertama disapukan cream cheese frosting terlebih dahulu kemudian letakkan pula lapisan kedua dan sapukan lagi frosting. Ulang semula langkah tadi sehingga lapisan kek yang terakhir.
  3. Sapukan tipis cream cheese frosting pada atas dan sekeliling kek. Sejukkan 1/2 jam dan sapukan kemas lebihan cream cheese frosting tadi pada keseluruhan kek. Selepas tu boleh hias  mengikut kreativiti tersendiri.
Untuk Cupcake
  1. Letakkan krim di atas cupcake menggunakan piping bag dan nozzle bersaiz sederhana atau besar.

  

2.  Selepas tu, boleh la taburkan sedikit kek yang telah diramas halus atas cream cheese tersebut. 



Dah siap...Hooorey!! Ida nak bawak cupcake ni pergi travel. So, senang nak bawak Ida masukkan dalam kotak cupcake ni. Satu kotak boleh muat 25 biji cupcake. 





9 comments:

  1. bab buat kek nie fail la...suka tengok orang buat jerk

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni pn baru je bljar2 buat sndiri...bila dh menjadi, seronok pulak nk buat..=)

      Delete
  2. wowww , sedap nyee .. tapi tak berani nak buat lah , takut tak jadi .. sebab rata-rata red velvet yang beli kat luar memamng rasanya mengecewakan .. itu dorang yang buat , kalau kite ni yang buat .. huh ! meletop dapur .. ceh .. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. try n error je la farah..hehe..mula2 buat x menjadi jgk..huhu

      Delete
  3. Seriously tengok kak buat mmg menjadi plus nampak sedap . Even takut nak try tapi tengok gambar-2 tu , tetap hati membuak-buak nak try . Thanks sebab share resepi ni . Nak salin ! Nak salin ! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dipersila kan...try, insyaAllah menjadi..:)

      Delete
  4. alamak..terliur tgk cupcake nih..sukanye red velvet..

    ReplyDelete
  5. jemput join GA ni (: http://nineteencapri.blogspot.com/2013/12/simple-giveaway-by-izzati-amira.html

    done klik iklan nuff, klik saya punya gak eh.

    ReplyDelete

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...