Genius aulad


Followers

Friday, December 27, 2013

Cara Menyimpan Bahan Masakan Di Dapur

Salam...

Cepatnya masa berlalu..hari ni dah Jumaat terakhir untuk tahun 2013. Hmm..bukan tugas kita untuk menentukan peredaran masa ni. Apa yang penting setahun demi setahun usia kita meningkat dan mematangkan kita. 

Okey kita tinggalkan jap pasal ni. Jom kita tengok apa yang Ida buat beberapa minggu lepas. Dah lama....cuma tak de masa untuk terus update kat blog. huhu...Biasa la, busy menjadi suri rumah ni hanya orang-orang yang pernah mengalaminya sendiri je yang tahu. Kan? 

Berbalik kepada tajuk ek.. Bagaimana Ida buat untuk simpan bahan-bahan masakan kat dapur?? Dapur rumah Ida tak de la besar mana pun. Tapi tak kisah la besar ke, kecil ke..janji kemas kan. Mungkin dah ramai yang praktikkan cara ni. Tak pe la, ini just perkongsian tentang apa yang telah Ida buat. 

Selalunya, apa yang terjadi bila kita masuk dapur time nak masak?? Ada tak kita asyik terkebil-kebil mencari bahan-bahan yang nak digunakan? Kat mana letaknya garam, gula, serbuk kunyit dan sebagainya. Tambahan pula apabila encik suami yang masuk dapur nak tolong sekali. Riuh rendah dapur dibuatnya bila suami bertanya yang mana satu serbuk itu, yang mana satu serbuk ini..hehe...

Tapi...lihat ni, apabila bahan-bahan masakan atau rempah ratus dalam keadaan macam ni. Adakah ianya membantu?? Okey..jom kita buat sama-sama.


Guna Semula Botol-botol Terpakai.

Kalau ada botol-botol yang tidak digunakan tu jangan dibuang. Simpan dan boleh digunakan semula. Jadi, Ida gunakan semulakan botol-botol kosong yang tidak digunakan ni. Basuh bersih-bersih dan keringkan. 


Tips Berjimat.

Bahan-bahan masakan yang dibeli dalam paket kecil atau paket isian semula memang lebih murah berbanding yang dijual didalam bekas atau botol. Ini salah satu tips untuk berjimat tau. Beli barangan yang kualiti dan kuantiti yang sama dengan harga yang lebih rendah. 

Tetapi kene la bijak nak gunakan dan menguruskannya. Contohnya seperti yang Ida buat ni. Kalau rempah ratus ni dalam paket ni susah nak guna. Guna sedikit lepas tu ikat dengan getah semula untuk simpan. Selalunya tak tahan lama, masuk angin dan sebagainya. Ida selalu jugak buat macam tu. Tapi, ada cara yang lebih mudah bukan. Orang tengok pun nampak lebih kemas dan lebih 'bijak'..=)


Bahan-bahan dan Cara-cara.

Apa yang diperlukan untuk menyimpan semula rempah ratus atau bahan-bahan masakan ni adalah seperti gunting, tape putih (soltape), dan sudu-sudu kecil. Sudu-sudu ni pun yang diguna semula jugak tau. Ala.. yang kita buat makan-makan kat KFC or McD tu. Ha...korang boleh guna semula. Tapi, kalau panjang sangat boleh potong batang sudu tu supaya muat dalam botol. Senang bila buka je penutup dah ada sudu kecil kat dalam untuk kita ambil rempah ratus tu. Tak ke ianya menjadikan kerja-kerja memasak kita lebih cepat dan mudah. hehe...

Bahan-bahan: Gunting, sudu kecil, white tape.


Bahan-bahan: Botol-botol terpakai.

Bahan-bahan: Rempah ratus atau bahan-bahan masakan yang lain.

Melabel Semula.

Setelah semua botol-botol dah tersedia, boleh la isikan rempah ratus atau bahan-bahan masakan tu dalam botol kosong tadi. Then, sticker atau label-label pada paket bahan masakan tu juga boleh digunakan untuk dilekatkan semula pada botol-botol tadi. 

Kenapa pentingnya label atau sticker ni?? Label yang terdapat pada paket bahan masakan terdapat maklumat-maklumat penting terutamanya nama bahan masakan itu sendiri, tarikh luput, berat bersih (gram) dan sebagainya. 

Label atau sticker yang terdapat nama rempah ratus.

Gunting atau koyak label untuk ditampal semula pada botol.

Melabel semula dengan menampal label pada botol menggunakan
white tape.

So, kita gunting atau koyakkan label tersebut dan tampalkan semula pada botol bahan masakan kita tadi dengan betul. Tujuannya, senang untuk kita pastikan yang mana satu rempah itu, yang mana satu rempah ini. Al-maklum la..rempah ratusnya ni selalunya seakan-akan serupa je tambahan yang serbuk-serbuk ni. Sometime garam dan gula pun kita tertukar kan. Betol tak?? Haa..macam ni, baru la senang husband kita nak tolong memasak kat dapur. Ini tak, sekali dorang nak tolong dah serik, sebabnya selalu tertukar antara bahan-bahan masakan kita kat dapur...huhu..

Penyimpanan dan Susun. 

Bila semua dah habis dimasukkan dalam botol dan dilabelkan, boleh la kita simpan  dan susun elok-elok di tempat yang kering pada suhu bilik. Tak kisah la, dalam kabinet dapur atau atas rak barang-barang masakan. Apa yang penting bahan-bahan masakan kita tadi senang dan mudah untuk diambil.




Kebaikan dan kepentingannya.

Melalui cara ni apa yang dapat disimpulkan ianya mempunyai kebaikan dan kepentingan seperti:
  • Bahan-bahan masakan seperti rempah ratus lebih tahan lama.
  • Bahan-bahan masakan lebih selamat dalam bekas kedap udara. 
  • Lebih mudah dan cepat untuk digunakan.
  • Lebih kemas dan tersusun. 
  • Dapat mempraktikkan konsep kitar semula.


Jadi...Ini la hasilnya. Cantik kan..elok je semua duk dalam botol tu.hehe... Cara penyimpanan semula seperti ni bukan sahaja untuk rempah ratus sahaja. Ianya boleh juga dibuat untuk menyimpan gula, garam, serbuk perasa, kopi, milo, dan sebagainya.



2 comments:

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...