Genius aulad


Followers

Monday, December 9, 2013

Cubaan Pertama Membuat Red Velvet

Alahai....teringin la pulak nak buat Red Velvet Kek ni. Macam sedap je..Bukan main semangat lagi nak ber baking ni..hehe... Resepi dah ada, bahan-bahannya pun dah pergi beli. So, apa lagi.... Harum satu rumah bau bakar kek.hehe... Seronok jugak rupanya buat kek ni. Tapi..... malangnya cubaan pertama membuat Red Velvet Cake tak menjadi..huhu...


Sebenarnya Kek Red Velvet yang Ida buat tu bukannya tak menjadi pun, tapi kurang menjadi la sikit. Ada sedikit tak puas hati.huhu... Kata husband, "ok je..sedap ape". haha....

Resepi yang Ida rujuk ialah salah satu resepi kek red velvet dari Chef Obie. Kalau nak tengok resepinya boleh la tengok kat sini. Nanti kek Red Velvet Ida betul-betul menjadi baru Ida update untuk resepinya ek..

Tak pe..mungkin ini adalah cubaan pertama kan..huhu.. Walau bagaimana pun rasanya sedap jugak walaupun warnanya yang agak perang. Terlebih serbuk koko..hehe..50g serbuk koko tu banyak jugak ek..hehe..atau mungkin bergantung kepada serbuk koko tertentu yang digunakan?? Kene refer banyak tips buat kek ni lagi nampaknya..

Ini hasil adunan. Terlebih perang. Sepatutnya kek ni
warna merah terang.

Ini la kek yang dah siap dibakar. Tapi macam
tak naik banyak sangat.

Ida nk buat dua layer. Tapi kek yang Ida belah dua tu agak
rapuh macam nak patah jerk,sebab lembik sangat.
Macam berterabur.huhu...

Cream cheese yang Ida buat bertompok-tompok
dan berketul..hehe..

Apapun ini la rupa kek yang Ida buat. Tetap comel kan...:) 



Apapun..sedap juga...=)

Walaubagaimanapun, Ida tetap tak putus asa. Nanti nak cuba lagi..:)


2 comments:

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...