Genius aulad


Followers

Monday, October 28, 2013

Cara Nak Letak Iklan ChurpChurp Dalam Blog

Salam...

Rasanya iklan ChurpChurp adalah sesuatu yang tidak asing lagi bagi para blogger sume ni. Tapi bagi Ida, ia adalah sesuatu yang baru yang menarik jugak la. Maklumlah baru nak berjinak-jinak dengan blog yang baru je lagi, orang kata tak sampai setahun jagung pun. 




Dulu suka juga explore benda-benda baru ni. Tapi sekarang dah sibuk, dah ada anak dan ada keluarga sendiri. Faham-faham la sibuknya cam mane. Akak-akak wife, ibu-ibu kat luar sana tu mesti tau benar macam mana sibuk menjadi surirumah ni kan. hehe... 



Tapi, bagi memenuhi permintaan adik Madihah dan sesiapa yang ingin tahu macam mana cara Ida letakkan iklan churpchurp kat blog ni, so Ida rajinkan diri untuk menerbitkan satu entri pasal ni.  

Okey..disebabkan Madihah panggil Ida dengan gelaran 'akak' so dengan rela hatinya Ida akan menggunakan 'akak' juga la=). Sebenarnya akak pun tengok tutorial ni dari blog orang lain juga. Nama blog tu dah lupa dah ape. Kalau tak, memang akak bagi link terus je. Boleh la refer kat blog tu terus kan. Tapi akak memang ada save kat microsoft word part yang penting-penting je bagi tujuan kegunaan akak sendiri.

Akak ni nak kata expert tak de la sangat. Earning dari churpchurp pun tak pernah skali pun lagi dapat merasa. Tambah-tambah lagi churpchurp ni kene tunggu RM100 baru boleh tebuskan. Hmm...Masih jauh untuk tiba masa boleh tebus. haha....sebab susah jugak nak dapatkan clik tu. sedih ;( Takpe la, biar masa yang tentukan. Lama-lama boleh la tebus tu kan (pujuk hati sendiri) hehe.... 

Ok la..Tanpa membuang masa, moh la kita tengok macam mana caranya nak letakkan iklan churpchurp dalam blog. So, kat sini Ida anggap yang korang ni dah daftar dan dah ada akaun churpchurp sendiri ek. Sambil-sambil share iklan churpchurp kat facebook or twitter jom kita letak kat blog juga. Tapi kene rajin sikit la meng'copy' kod link iklan tu. 

Firstly, buka akaun churpchurp siap-siap. Tengok kat "reward" tu mana-mana yang boleh di share. So, click "SHARE NOW" atau kalau dah share sebelum ni, dia akan jadi "EARN MORE".



Selepas tu boleh la follow step dia Step 1, 2 dan 3. Dah tengok step 1, terus ke step 2. Pilih dan click mana-mana message yang berkenan.


Bila dah click dia akan kuar message macam ni, bermakna iklan tu dah di copy dan ready untuk kita paste kat mana-mana laman sosial yang kita mahu. 


Contoh yang Ida amik kat sini ialah Facebook. Sebab rasanya semua orang ada akaun FB kan. Ok, pergi ke akaun FB, pastekan kat status dan tunggu sehingga habis ia loading sampai kuar macam gambar kat bawah ni.

Kalau nak share kat FB boleh terus share. Tapi sebelum tu, boleh tukar samaada nak "Friends" or "Public" sebelum "Post". Tapi kalau nak letak kat blog perhatikan kotak-kotak merah tu yang Ida highlight tu. Kat sini la kita amik  link-link iklan kita tadi.  





So, buka akaun blog masing-masing, pergi ke:
  • Dashboard > Design > Add a Gadget > HTML/JavaScript
Kemudian,
  • Copy code di bawah ni and paste dibahagian HTML/JavaScript


<center><div style="background: #FEFDFC repeat; repeat; padding: 5px; border:2px dashed #000000; border-top-left-radius: 0px 0px; border-top-right-radius: 0px 0px; border-bottom-left-radius: 0px 0px; border-bottom-right-radius: 0px 0px;"><center></center><fieldset><legend><img src="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhJMZpSMa1RhquoOKGFyy0Z6F-djSxrAZUz2POAh0CLNLIvAe60MoGCnddKjwjqui8jvR2h0vaDVK4UZpPj6bTx8P5VNI_5ov0xZEdPI1H5rUoEO9vkjHKTILI1qr-rcmM3XW9uDrlnljz9/s1600/Untitled-2.png"/></legend>

<a class='linkopacity' href="CODE IKLAN CHURPCHURP"target="_blank"><img src="CODE IMAGE URL CHURPCHURP" width="70" height="70" /></a>

<a class='linkopacity' href="CODE IKLAN CHURPCHURP"target="_blank"><img src="CODE IMAGE URL CHURPCHURP" width="70" height="70" /></a>
<a class='linkopacity' href="CODE IKLAN CHURPCHURP"target="_blank"><img src="CODE IMAGE URL CHURPCHURP" width="70" height="70" /></a>

*Note:
CHURPCHURP : Kod iklan yang korang copy kat atas tadi.
CHURPCHURP : Kod url untuk imej yang korang copy tadi.
CHURPCHURP :  Size untuk gambar boleh adjust ikut size yang korang suka

Kalau iklan lebih dari 3, just copy balik kod iklan dan paste di bawahnya, dan gantikan kod-kod berwarna tu dengan kod-kod iklan yang lain.
Bila dah siap PREVIEW dulu. Dah ok boleh SAVE. Boleh letak kat sidebar or mana-mana yang korang suka. Dah siap..=)
Ini la hasilnya:



Selamat mencuba..=)



8 comments:

  1. oh... bary tahu cara baru ni..
    Terima kasih akak ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok..sama2..klu x fhm boleh tny ek..1st time buat tuto..huhu..

      Delete
  2. penat godek2 blog lain, akhirnya jumpa jugak di sini..thanks awak..kita klik churp2 awak

    ReplyDelete
  3. thanks sangat sangat akak. akhirnyaaaa jadi jugak

    ReplyDelete
  4. salam..tq k.ida for thid tuto..kita klik churp2 akak..

    ReplyDelete

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...