Genius aulad


Followers

Monday, November 3, 2014

Singgah ke Pekan Rabu, Alor Setar, Kedah

Kalau sebelum ini Ida ada ceritakan mengenai berkunjung ke Menara Alor Setar, sekarang mengenai Pekan Rabu pula. Mana taknya pada hari yang sama kami naik menara Alor Setar, kami sempat singgah sebentar ke Pekan Rabu. 


Kalau nak tahu, Pekan Rabu ini juga merupakan salah satu tempat yang menjadi tarikan pelancong ke Kedah. 



Sedikit sejarah mengenai Pekan Rabu, pada dahulunya Pekan Rabu ini hanyalah merupakan sebuah pasar minggu yang beroperasi pada setiap hari rabu sahaja. Sebab tu lah dipanggil dengan nama Pekan Rabu. 

Dahulunya ianya ditubuhkan di Tanjung Chali, bagi tujuan petani-petani memasarkan hasil pertanian mereka. Kemudian pada tahun 1932, Pekan Rabu ini telah dipindahkan oleh Kerajaan Negeri Kedah ke Jalan Tunku Ibrahim yang mana ianya sebuah tapak yang lebih luas dan selasa. Bermula dari situ, nama Pekan Rabu dikekalkan dan ia beroperasi pada setiap hari sehingga ke hari ini. 


Kompleks Perniagaan Pekan Rabu diurus tadbir oleh Pengurusan Koperasi Pekan Rabu Alor Setar Berhad. Gerai-gerai yang terdapat didalam Kompleks Pekan Rabu disewakan kepada peniaga-peniaga untuk menjual berbagai jenis produk dan barangan tradisional seperti tepak sirih, lesung batu, parang dan pisau, tudung, bakul, makanan dan juga barangan seperti barangan plastik, pakaian, barangan keperluan haji dan umrah dan sebagainya.



Lokasinya adalah amat strategik di Jalan Tunku Ibrahim, Alor Setar dan ianya terletak tidak jauh dari Manara Alor Setar. 

Kawasan parking kereta juga disediakan di seberang jalan berhampiran Pekan Rabu ini. Kadar bayaran tiket parking sewaktu kami ke sini hanyalah RM1/per entry. Sebuah jejantas juga telah disediakan bagi menghubungkan seberang jalan ke Komplek Pekan Rabu ini. 


Kata suami, kalau ke sini memang rugi jika tak singgah untuk membeli ikan pekasam. Ikan pekasam utara ni sedap. Sebenarnya banyak terdapat jenis ikan masin di sini. Ida sendiri pun dah tertukar, kerana banyak sangat jenis ikan pekasam. Tapi, bila ke sini, main rembat je sume.. Ada ikan pekasam, ikan masam, ikan masin, ikan jeruk. Pilihan ikan pula banyak ada ikan talapia, sepat, puyu, haruan, keli dan yang paling best ialah ikan lampam.

Huhh! memang tak dapat kat tempat lain ni. Balik rumah tak sabar nak goreng dengan bawang dan makan dengan nasi panas-panas. 


Buat apa beli ikan pekasam ni banyak-banyak??? Haa...kami beli sebagai buah tangan. Balik kampung nanti boleh la bagi-bagikan sedikit sorang..:) Walaupun ikan ni bau dia agak tidak menyenangkan tapi, rasanya sedap! Selera orang kampung la katakan...:)

Hmm...seronok dapat singgah sini. Dengar pelat-pelat orang Kedah ni bercakap, rasa macam best pulak.huhu....Ok, tak pe..Harap-harap dapat ke sini lagi...




4 comments:

  1. tak pernah jejak kaki di pekan rabu..memang glamer tempat ni kan

    ReplyDelete
  2. Wlpun hari2 lalu dpn pekan rabu tapi singgahnya xpun... ikan pekasam mmg kick makan dgn nasi panas

    ReplyDelete
  3. betul tu...ikan pekasam mmg sedap!....=)

    ReplyDelete

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...