Genius aulad


Followers

Tuesday, November 18, 2014

Keguguran: Pengalaman Pertama yang Menyedihkan

Rasanya bagi mana-mana isteri yang sudah bergelar ibu atau yang bakal bergelar ibu yang mengalaminya pasti merasa sedih, tambahan jika kandungan anak pertama. Begitu juga dengan Ida, inilah pengalaman pertama keguguran kandungan yang berusia 2 bulan lebih.

Harapan untuk menimang cahaya mata yang kedua belum kesampaian apabila kandungan yang berusia 2 bulan lebih berakhir setelah gugur. Nasib la dah ada Afif, anak pertama dan masih lagi 'pertama' buat masa ini. 

Gambar Hiasan: Ehsan dari Google

Namun keguguran juga telah menjawab segala persoalan dan keraguan tentang pendarahan yang dialami sedikit demi sedikit, hari demi hari sehingga hari yang ke-5 di mana ianya berakhir dengan keguguran. Harapan untuk Afif mendapat adik berkecai setalah kandungan ini berakhir dengan gugur! Tapi diri ini redha, Allah s.w.t adalah sebaik-baik perancang.

Berbeza dari Kandungan Sebelumnya

Pada mulanya memang pelik, ada sedikit pendarahan ketika mengandung. Mustahil datang  haid ketika mengandung. Tapi setelah membaca info-info mengenai masalah ini di ruangan soal jawab bersama doktor di internet, ternyata pendarahan ketika mengandung adalah normal atas perubahan-perubhan tertentu yang berlaku. Namun, ada juga kemungkinan-kemungkinan lain yang memberi impak negatif kepada kandungan termasuklah tanda-tanda awal keguguran.


Dalam hati ni rasa berdebar-debar, memohon doa agar tidak ada perkara yang buruk berlaku. Solat 5 waktu juga diteruskan seperti biasa walaupun pada mulanya timbul keraguan untuk bersolat, kerana tidak pasti darah yang keluar. Membaca surah-surah amalan semasa mengandung juga diteruskan seperti biasa setiap kali selepas solat, setelah membaca info tentang perkara ini. Harap-harap apa yang sedang berlaku ini adalah normal dan tidak ada apa-apa masalah kepada kandungan.

Perasaan risau juga tak terlebih kepada suami. Risau kalau-kalau sakit. Tapi, yang peliknya tak sakit pun. Harapan suami juga agar tidak ada masalah dengan kandungan. Kandungan  yang kedua ini diharapkan akan mambawa kehadiran anak perempuan pula, kerana anak pertama adalah lelaki. Tapi, perkara tersebut adalah tak penting, yang penting semuanya berada dalam keaadan sihat dan selamat.

Ternyata mengandung kali yang kedua ni agak berbeza sedikit kerana walaupun kandungan sudah masuk 2 bulan, tapi masih belum ada alahan. Perkara yang paling berbeza ialah pada kandungan kedua ini dari awal-awal lagi sudah mengalami pendarahan  yang sedikit untuk 1-2 hari sahaja. Selepas itu, kembali normal berlarutan sehinggalah berlaku pendarahan sedikit yang agak pelik berlarutan sehingga ke 5 hari.

Tanda-tanda Awal Keguguran

Sewaktu kandungan dalam 1st trimester (1-3 bulan), sememangnya perlu berhati-hati kerana kandungan masih lemah dan cenderung untuk gugur jika tidak menjaganya dengan baik. Perkara-perkara yang perlu diambil berat ialah pemakanan dan elakkan dari aktiviti lasak. Semua terkejut bila mangalami keguguran, termasuk mak. Mak ada bertanya kalau ada tersalah makan nenas ke apa. Hmmm,...jauh sama sekali, seingat Ida, tak pernah makan pun.

Tapi seingat Ida, pernah terjatuh dari kerusi sewaktu bersama Afif. Tapi tak sakit pun, jatuh yang ringan sahaja. Doktor ada memberitahu mungkin janin memang tak normal, jadi keguguran tak boleh di elak dan tidak ada sebab yang specific yang menyebabkan kandungan boleh gugur. 

Keguguran

Pasrah dan redha dengan rezeki serta ketentuan-Nya, hari ke-5 pendarahan semakin banyak sebelum tidur lebih kurang pukul 10 malam. Rasa nak tidur awal malam tersebut, kerana rasa tak selesa, terasa lenguh-lenguh badan dan sakit-sakit tulang belakang. Rasa macam datang bulan walaupun tak sakit. Malamnya tidur macam biasa sehinggalah terjaga beberapa kali dari pukul 2:00-4:00 pagi kerana rasa memulas. 

Sakit dan rasa memulas bertambah teruk seakan sakit nak bersalin. Bila dah hampir pagi rasa sakit dah berkurangan. Sehingga la bagun pagi tersebut, terasa seolah-olah keluar sesuatu beserta darah yang banyak. Subhanallah...ini la pengakhiran kepada kandungan yang berusia 2 bulan lebih ini.

Perasaan tergaman masih lagi terpacak diwajah ini. Inilah pengalaman pertama keguguran. Besar sungguh kuasa-Mu Ya Allah, mencipta jasad dari seketul daging dan membentuk janin. Allahhuakbar!!

Gambar Hiasan: Ehsan dari Google

Sedih tak kala melihat suami membasuh dan menanam janin tersebut. Rasa terkilan dan jika boleh diungkapan dengan kata-kata ingin dilafazkan... "maafkan mama" kerana tak dapat meneruskan kandungan. Mungkin jasadnya berada dalam kandugan ni hanya 2 bulan lebih. Allah s.w.t lebih mengetahui segalanya.

Selepas Keguguran

Selepas itu suami terus membawa ke klinik. Walaupun rasa sakit sudah hilang, tapi badan agak lemah kerana kehilangan banyak darah. Setelah doktor scan, ternyata ianya keguguran. Janin dalam kandungan telah keluar sepenuhnya dan tidak perlu untuk "proses mencuci", cukup sekadar ubat tahan sakit yang diberi.

Kata mak, keguguran kena berpantang seperti bersalin juga untuk menjaga peranak dan rahim. Darah yang keluar adalah darah nifas dan akan keluar dalam masa 1-2 minggu.

Walau apa pun, redha dengan ketentuan-Nya dan berharap agar berpeluang untuk menimbang cahaya mata lagi selepas ini. 


p/s: Hargai rezeki dan pemberian yang amat berharga oleh-Nya. Bukan semua wanita berpeluang untuk merasai nikmat mengandung, bersalin dan mempunyai cahaya mata. 

6 comments:

  1. Redha je.InsyaAllah,ada rezeki yang yg menanti ida nanti.Sy dlu sedih jugak sbb anak sulung meninggal dlm perut masa 8 bulan mengandung..Alhamdulillah,rezeki melimpah ruah lepas tu. Yakin pada Allah swt. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih..insyaAllah ada rezeki lagi selepas ni=)

      Delete
  2. Sabar ye sis ! Yakin kat Allah sbb things happen w// a reason

    ReplyDelete
  3. sabar ye sebab azney pun mengalami benda yang sama .

    ReplyDelete
  4. Redha..insyallah Allah ganti dgn lbh baik

    ReplyDelete
  5. Hye sis.. Takziah kpd sis dan keluarga... Saya sedang melihat blog2 dan pengalaman ibu2 yg pernah keguguran kerana saya sendiri skrg dalam proses keguguran.. Sudah disahkan miscarriage tetapi saya meminta tempoh 2 minggu dpd doktor utk membiarkan darah@janin itu keluar sendiri.. Sy skrg sudah 11 minggu.. Tp memang darah dah tak henti keluar spt darah haid sejak 5 hari lepas.. Dan saya juga ada nampak darah yg seperti ketulan darah ayam yg bsku saiz kecil2.. Tetapi sy tak pasti adakah itu janin atau darah biasa. Sy hanya mendoakan supaya janin itu keluar sepenuhnya dan sy tak perlu mrlalui proses D&C tu.

    ReplyDelete

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...