Genius aulad


Followers

Monday, March 17, 2014

Butter Rice, Chicken Roasted, Fried Potato & Mix Vegetable with Butter

Teringat time makan di sebuah restoran di Bukit Tinggi, butter rice di makan bersama chicken roasted with black paper source. Sedap jugak...Kali ni rasa nak buat sendiri butter rice ni. 

Butter rice ni sedap dimakan dengan cara western mahupun dengan cara hidangan Melayu. Tapi kali ni, Ida nak buat butter rice, chicken roasted (black paper source), fried potata dan fried mix vegetable with butter. 


So, tengok resepinya kat bawah ni ek.

Butter Rice

Bahan-bahan:
  • 2 cawan beras (dibasuh bersih dan toskan)
  • 3-4 sudu mentega
  • 1 ulas bawang putih (dicincang)
  • Sedikit garam
  • Sedikit secukup rasa maggi
  • Sedikit carrot-potong dadu dan sedikit biji jagung (jika mahu)

Cara-cara:
  1. Tumiskan bawang putih bersama mentega seketika.
  2. Beras yang ditoskan dimasukkan bersama dengan bahan tumis tadi, garam dan secukup rasa maggi. 
  3. Gaul rata dan boleh tanak seperti biasa sehingga masak.
  4. Bila nasi sudah hampir masak, kacau dan gaulkan nasi tersebut. Jika nak masukkan jagung dan carrot boleh la  masukkan.
  5. Selepas tu, tutup semula periuk nasi dan biarkan nasi sehingga betul-betul masak.


Chicken Roasted 

Bahan-bahan:
  • 1/2 ekor ayam
  • 1/2 inci halia (kisar)
  • 2 ulas bawang putih (kisar)
  • Sedikit lada hitam (ditumbuk)
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap
  • 1 sudu kecil minyak bijan
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil garam
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Sedikit serbuk perasa
Cara-cara:
  1. Satukan semua bahan-bahan perapan. Kemudian lumurkan pada ayam sehingga sekata.
  2. Perapkan sehingga 2-3 jam sehingga bahan perap meresap ke seluruh isi-isi ayam (nak lagi sedap perap semalaman dalam peti sejuk).
  3. Selepas itu, boleh la panggang ayam sehingga masak menggunakan pemanggang sehingga ayam masak.



Black Paper Sauce 

Bahan-bahan:
  • 1 sudu tepung gandum
  • 1 sudu butter
  • 1/4 biji bawang besar (dicincang halus)
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sudu sos tiram
  • Sedikit garam dan gula
  • Serbuk perasa secukupnya
  • Semangkuk air
Cara-cara:
  1. Bancuhkan semangkuk air dengan sesudu tepung gandum.
  2. Panaskan kuali, panaskan butter sehingga cair dan masukkan bawang besar yang dicincang. Kacau sehingga layu.
  3. Kemudian masukkan bancuhan air dan gandum tadi. Kacau lagi supaya tidak berketul-ketu.
  4. Masukkan bahan-bahan lain seperti sos tiram, serbuk lada hitam, garam, gula dan serbuk secukup rasa. 
  5. Kacau sekata sehingga agak pekat-pekat sedikit. Bila dah masak boleh padamkan api. 

Curahkan black paper sauce ke atas chicken roasted.



Mix Vegetable with Butter 

Bahan-bahan:
  • Sayur campur dipotong (carrot,bunga kubis, kacang panjang/kacang buncis, putik jagung)
  • 1 sudu butter 
  • 1 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1/4 ulas bawang besar (dimayang)
  • Sedikit garam
  • Sedikit serbuk perasa
Cara-cara:
  1. Panaskan butter dan tumiskan bawang putih sehingga agak keperangan.
  2. Masukkan sayuran campur yang dipotong dan dibasuh bersih. Kacaukan.
  3. Masukkan garam dan serbuk perasa. Gaul sekata.
  4. Biarkan sayur masak dan agak layu sedikit. Boleh angkat dan hidangkan.





Bila dah masak kesemuanya boleh la dihidangkan bersama kentang goreng bersama sos cili. 


Ini la hidangan butter rice, chicken roasted (with black paper sauce), fried potato & mix vegetable with butter...=) 





2 comments:

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...