Genius aulad


Followers

Wednesday, November 20, 2013

Resepi Ikan Talipia Merah Bakar Special

Ikan bakar ni sememangnya sedap terutama bila menggunakan ikan yang segar lagi fresh. Sebelum ni Ida pernah update resepi mengenai Ikan Talipia Merah Bakar, tapi tu resepi yang biasa-biasa je. Ni dia resepi ikan bakar yang 'meletop'..haha... Resepi ni asalnya dari resepi ikan siakap bakar, tapi Ida gunakan ikan talipia merah. Sebab ikan talipia ni, rasanya lebih sedap dan isinya yang manis. 



Okey...semua dah ready nak bakar ikan?? Jom tengok resepinya.


Resepi Ikan Talipia Merah Bakar Special

Bahan-bahan:
  • 1 ekor ikan talipia merah (sederhana besar)
  • 2 helai daun limau purut
  • 1/2 biji bawang besar (potong bulat)
  • 3-4 sudu minyak/ planta
  • Daun bawang (untuk tabur)
  • 1 biji limau nipis


Bahan Perap:
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang merah
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 inci kunyit
  • 1 batang serai
  • 2 sudu sos cili
  • 4 sudu cili giling
  • Sedikit balacan
  • Garam secukupnya
  • Sedikit serbuk perasa

Cara-cara:
  1. Bersihkan ikan terlebih dahulu. (boleh guna air asam jawa untuk menghilangkan hanyir). Ikan dibelah tengah atau belah belakang. 
  2. Kisarkan semua bahan-bahan perap. Selepas tu lumurkan pada ikan dan perapkan selama 1 jam. 
  3. Sapukan minyak @ planta pada pemanggang ajaib dan panaskan.
  4. Selepas tu boleh la panggang ikan dan masukkan sekali lebihan bahan perap. Tambah sedikit minyak bagi mengelakkan ikan terlalu kering dan cepat hangus.
  5. Selepas tu, masukkan daun limau purut dan bawang besar.
  6. Panggang dan bakar selama 40-45 minit sehingga masak. Balik-balikkan pemanggang untuk memastikan ikan masak sekata.
  7. Setelah masak boleh la dihidangkan bersama air asam. 



Untuk penyediaan air asam boleh tengok di sini.


Cukup menyelerakan. Sedap dimakan dengan nasi putih atau pun dimakan begitu sahaja, dicicah bersama dengan air asam serta sos kicap..=)

Ini pula yang Ida buat lagi seminggu kemudian. Hai.. makan ikan talipia je yer...tak puas makan ikan bakar..Sedap..hehehe....



Selamat Mencuba..=)








4 comments:

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...