Genius aulad


Followers

Wednesday, May 28, 2014

Resepi Daging Masak Hitam Special

Selalunya untuk daging, Ida akan goreng biasa je. Tapi kali ni, Ida nak cuba buat daging masak hitam. Suami Ida memang gemarkan masakan yang berasaskan tumis dan mempunyai kuah yang pekat-pekat ni. 


Daging masak hitam ni sedap dan sesuai dimakan bersama nasi putih atau nasi beriani serta nasi minyak. Resepi daging masak hitam ni sesuai digandingkan bersama acar timun. Emmmm..Sedap...

Tuesday, May 27, 2014

Pembelajaran Anak: Rumah Macam Tadika

Masih terlalu awal untuk Afif yang baru nak masuk 2 tahun ni belajar secara formal. Kanak-kanak peringkat usia ini akan belajar sendiri menggunakan semua benda-benda di sekelilingnya. 


Dek kerana hobi mainannya sebelum ini ialah menulis, so mama sengaja bagi pen/pensil dan buku untuk Afif. Bila dapat pen dan buku dia memamg asyik dan leka menconteng pada buku tersebut. Boleh la, mama memasak lama-lama sket bila time dia bermain buku dan pen ni. 

Buah Keranji dan Pantun

Sebut sahaja mengenai buah keranji, fikiran terus je teringat akan sebuah pantun. Pantun orang tua dulu-dulu sememangnya  tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Ianya masih digunakan sehingga ke hari ni.

Sorong papan, tarik papan,
Buah keranji dalam perahu;
Suruh makan, saya makan,
Suruh mengaji saya tak tahu.

Ini pula pantun versi Upin dan Ipin..=)

Sorong papan, tarik papan,
Buah keranji dalam perahu;
Suruh makan, dia makan,
Suruh membaca dia tak tahu.

Sungguh kaya nilai seni bahasa ni kan..=) Berbalik kepada buah keranji ni, sebenarnya Ida pun jarang makan buah keranji. Buah keranji ni adalah salah satu buah yang unik dan jarang dijumpai. 

Thursday, May 22, 2014

Resepi Daging Goreng Kacang Buncis

Boring makan ayam je hari-hari. Kali ni kita tukar menu daging pula. Resepi daging goreng ni sebenarnya simple je. 


Kebetulan lebihan kacang buncis masih ada lagi tersimpan dalam peti ais. So, boleh la guna untuk digoreng bersama daging.

Okey...resepi Daging Goreng Kacang Buncis seperti dibawah ni.

Ragamnya Nak Pakai Stoking

Tak habis-habis lagi cerita mengenai anak mama sorang ni, Afif. Dah la sekarang ni selalu bangun awal. Pagi-pagi dah bangun, sebelum papanya pergi kerja. Bila dia tengok papa pakai stoking, nak jugak dia pakai sama. Soronok dapat pakai stoking papa punya..Aduuhh...


Resepi: Sup Tulang Simple dan Sedap

Resepi sup tulang yang mudah dan simple, yang penting sedap. Resepi ni lebih kurang sama juga seperti resepi yang Ida post dalam entry resepi sup tulang, sup gear box, dan sup tulang kambing

Tapi kali ini, resepi sup tulang yang lebih simple dan sedap. Tulang yang dimaksudkan di sini ialah tulang lembu. Tak kisah la samada tulang rusuk atau tulang yang biasa. 


Ok..Resepi sup tulang mudah dan sedap adalah seperti dibawah.

Slot Akasia TV3: Sinopsis Kerana Terpaksa Aku Relakan

Drama Kerana Terpaksa Aku Relakan sudah mula ditayangkan menggantikan drama Aku Isterinya di Slot Akasia, TV3. Drama ini merupakan sebuah drama yang diadaptasi dari novel "Kerana Terpaksa Aku Relakan", ditulis oleh Umie Nadzimah. Ia adalah sebuah novel setebal 772 muka surat terbitan Karya Seni.

Drama ini dibintangi oleh pelakon-pelakon seperti Izreen Azminda (Indah Halina), Amar Baharin (Tajul Razin), Syafiq Kyle (Tajul Fahin), Eddy Asfar (Tajun Zahin), Dian P Ramlee (Dato Safiyah), Iqram Dinzly (Inspector Aryan), Ika Nabella (Hasma), Aliza Shadan (Mak Mariah), Nadia Aqilah (Zawati), Hairi Safwan (Yazid), Afzan (Saiful) dan ramai lagi.


Drama bersiri 24 episod ini bermula pada 21 Mei 2014 di Slot Akasia TV3, (Isnin-Khamis) jam 7.00 petang. 

Dari episod pertama menonton drama ini nampaknya memang cerita ni best. Tak sabar nak mengetahui jalan ceritanya. Lagu tema drama ini bertajuk Patah hati (Nadia Aqilah) menjadikan cerita ni betul-betul menarik.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...