Genius aulad


Followers

Tuesday, June 11, 2013

Trip ke Fraser Hill

Salam,

Kisah percutian kali ni pula, ialah Fraser Hill atau Bukit Fraser. Kali ni bersama-sama trip office-mate husband. Laluan kami ke sini ialah dari Kuala Lumpur menuju ke Rawaang, Kuala Kubu Bharu, Ampang Pechah dan GapApa yang paling best kali ni, kami konvoi ramai-ramai menuju ke Bukit Fraser. 

Bukit Fraser ni salah satu tempat percutian yang menarik terletak di negeri Pahang, di atas Banjaran Titiwangsa. Jadi tak heran la, kawasannya sejuk (suhu antara 17-24 darjah celsius). Puncak tertinggi Bukit Fraser ni, 1310 meter dari aras laut, 104 km dari Kuala Lumpur. (Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas).



Pesanan buat rakan-rakan yang nak ke sini, sediakan apa yang patut, takut termuntah-muntah untuk sampai ke puncak. hehehe... Ini kerana jalan rayanya yang banyak selekoh berbahaya dan curam. 

Banyak bangunan dan banglo yang dibina mengikut cita rasa kolonial British. Oo...patut la.. 


Apa yang bestnya ialah kat sini udaranya yang nyaman serta boleh tengok kehijauan pokok semula jadi. Planning utama kami untuk berkelah dekat air terjun sambil mandi-manda tak menjadi kerana time tu kawasan air terjun di tutup kerana tanah runtuh sikit. 



Apa pun aktiviti berkelah, buat BBQ sambil makan-makan tetap diteruskan juga. Seronok, melihat telatah anak-anak kawan husband yang macam-macam kerenah... :)








2 comments:

  1. Salam puan..
    Tumpang tanye mase puan kat fraser hill puan ambil hotel ker? Perjalan ke sane ambil bape lame?bajet puan bape ke fraser hill? Antara bukit tggingan fraser hill dekat x??

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam...
      saya tidak menetap di hotel, pergi balik hari. masa untuk ke sana tak berapa pasti kerana kami konvoi ramai2 bnyak kali jugak berhenti.

      Delete

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...