Genius aulad


Followers

Wednesday, January 8, 2014

Resepi Tomyam Seafood

Kali ni Ida akan share resepi tomyam lagi. hehe...suka makan tomyam..:) Tapi kali ni tomyam seafood pula yer. Menu tomyam adalah berasal dari negara Thai yang sangat digemari. Lebih-lebih lagi bagi penggemar-penggemar rasa masam dan pedas. 


Selalunya tomyam ni menjadi hidangan favorite di restoran-restoran atau pun kedai makan. Tapi lagi bagus kalau kita masak sendiri dan menikmatinya bersama-sama keluarga. Hmmm...apa lagi, jom la tengok resepi tomyam seafood ni...:)

Friday, January 3, 2014

Resepi Nasi Goreng Paprik

Bosan dengan nasi goreng biasa. Kali ni nak makan nasi goreng yang asalnya dari Thai ni iaitu nasi goreng paprik. Jom tengok tengok resepinya.


Penyediaan Nasi Goreng:

Bahan-bahan:
  • 2-3 mangkuk nasi
  • 2 biji bawang merah (dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (cincang halus/ditumbuk)
  • 2 sudu besar cili kering (yang diblender)
  • 1 sudu besar tom yam paste
  • Sedikit isi ayam
  • 2-3 sudu besar minyak masak
  • 2 sudu kecil garam / secukupnya
  • Serbuk secukup rasa/Serbuk perasa secukupnya

Thursday, January 2, 2014

Saya Dan Cermin - Afif

Ini cerita time YES (year end sale) yang lepas. Kononnya semua orang sibuk tak nak lepaskan peluang untuk menikmati potongan harga-harga untuk barangan yang dijual di pasaraya-pasaraya. So, Ida pun ada la shopping jugak sket-sket. Tak banyak pun sket je....:)

Apa yang bestnya bila lihat gelagat anak mama sorang ni. Dia pun bukan main seronok ke sana ke mari dapat bermain sambil berlari-lari. Aduh...bukan main lagi, naik penat nak mengejarnya. 

Tapi.......bila dia jumpa dengan cermin ni...hehehe....dia terdiam kat depan cermin tu sambil cakap sorang-sorang dan buat aksi-aksinya yang tersendiri. Lega sikit rasanya, baru la boleh shopping dengan tenang. huhu...

Resepi Kailam Ikan Masin..Best!

Kailam ikan masin selalunya menjadi menu pelengkap bila makan kat kedai-kedai makan kan..Terutamanya bila order nasi putih, sup atau tomyam serta telur dadar. Fuhh...menyelerakan...hehe....


Macam mana nak masak kailam ikan masin macam kat kedai-kedai tu? Okey jom tengok, inspirasi resepi ni Ida cuba dari Myresepi. hehe...tq yer..Bila dah siap masak...tak sabar nak rasa...sedap..:P

Hari Saya Paling Sibuk - Afif

Ini la telatahnya anak mama sorang ni.. Ini adalah hari yang paling sibuk baginya. Bagus....!! Kenapa? Sebab dia tak kacau mama memasak kat dapur. 

Hmmm...Confius apa yang dia buat senyap je tu? Ooo..Rupanya duk bermain dengan buku dan penselnya. Patut la...hehe....

 

Tahun Baru - Beg Baru Afif

Salam semua...

Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan selamat menyambut tahun baru, 2014. Mudah-mudahan tahun baru akan membawa seribu keberkatan dalam kehidupan kita.

Ha...ini la kisah my little boy, Afif di ambang tahun baru. Sekarang genap la usia Afif 1 1/2 tahun. Happy pulak melihat telatah dia yang masih kecil tetapi lagaknya macam orang besar, menggalas beg ke sana kemari. Beg kecil yang berisikan mainan-mainan dia je. huhuhu...

Wednesday, January 1, 2014

Resepi Pavlova Two Layer

Pavlova two layer?? Oooo..baru tahu pavlova yang kelihatan agak tinggi tu yang dibuat dua layer ek. Camner nak buat? Cara nak buatnya sama sahaja cuma adunannya dibahagikan dua bahagian dan dibakar. 


Ida dah try buat yang dua lapis..Menjadi!! hehe..suka! Resepinya sama macam yang sebelum ni. Boleh refer resepi yang sebelum ni kat sini. Untuk resepi yang ni bezanya Ida dapat dua biji Pavlova kecil... 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...