Bercuti ke Pulau Pangkor memang sudah ada dalam perancangan kami, cuma sebelum ni masa dan keadaan masih belum mengizinkan. Minggu lepas, seawal pagi; Ida, suami dan anakanda kesayangan Afif ke Perak iaitu ke rumah adik memandangkan mak, abah serta adik-adik yang lain turut datang dari jauh (Kelantan) yang juga ke rumah adik di Perak. Secara tak langsung, kami mencadangkan untuk bercuti ke Pulau Pangkor memandangkan semuanya masih belum pernah ke sana.
Apa yang ada dalam fikiran kami hanyalah untuk menaiki feri sambil melihat pemandangan di sekitar pulau. Tetapi, memandangkan Pulau Pangkor ni merupakan sebuah pusat percutian yang juga popular di Malaysia, kami tak mahu melepaskan peluang untuk bercuti sambil jalan-jalan serta ingin melihat sendiri apa yang menarik di sana.
Bercuti bersama keluarga memang menyeronokkan. Sudah terpancar riak wajah gembira adik-adik untuk ke sana. Hoooorey..kita ke Pulau Pangkor!!!