Genius aulad


Followers

Tuesday, February 11, 2014

Resepi Kek Coklat Moist: Strawbery Coklat

Ulang tahun hari lahir husband tahun ni Ida buatkan kek birthday sendiri. Kalau sebelum ni, untuk kek birthday kiteorang selalu beli kat kedai kek je. Kali ni nak buat sendiri sebab alang-alang dah berjinak-jinak dengan berbaking-;)

Walaupun kek yang Ida buat ni tak seberapa, tapi puas hati sebab buat sendiri. Rasanya sedap jugak la. Alhamdulillah husband pun suka. Untuk resepi kek coklat moist ni boleh la tengok kat bawah ni ek. 



Bahan-bahan:
  • 4 biji telur (gred A)
  • 1 cawan tepung superfine
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1 cawan gula castor
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 1/4 cawan susu cair/susu segar
  • 75ml minyak masak (3/4 cawan)
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 sudu teh coklat emulco
  • Secubit garam
Cara-cara:
  1. Mula-mula ayakkan tepung superfine, serbuk koko, baking powder, garam dan soda bikarbonat di dalam satu bekas dan ketepikan. 
  2. Kemudian di dalam bekas yang lain, pukul telur (satu persatu) dan gula castos sehingga kembang. Masukkan esen vanilla dan putar lagi sehingga sekata.
  3. Selepas itu, gaulkan adunan dengan bahan-bahan yang diayak tadi. Gaul perlahan-lahan. 
  4. Masukkan susu segar/susu cair dan susu pekat. Putar lagi sehingga kembang. 
  5. Akhir sekali masukkan minyak masak. Gaulkan secara kaup balik. (jangan putar dengan mixer selepas masukkan minyak)
  6. Sediakan loyang yang dialaskan dengan kertas pembakar. Tuangkan adunan ke dalam loyang untuk dibakar dalam ketuhar dengan suhu 170 darjah celcius selama 30 minit atau sehingga masak. Kek coklat lembab ni juga boleh dikukus selama 1 jam atau sehingga masak.


     7.   Setelah kek masak, keluarkan dan sejukkan kek tersebut.



Bahan-bahan Toping
  • 100ml whipping cream/50 ml susu cair
  • 250g coklat masakan
  • 1 sudu butter 

Cara-cara:
  1. Masak coklat masakan di dalam periuk dengan api yang kecil.
  2. Masukkan butter dan susu cair/whipping cream. Kacau sehingga cair dan licin sehingga mendapat kepekatan coklat yang sesuai untuk dicurahkan keatas kek. (Jika terlalu cair boleh sejukkan sekejap sehingga agak pekat sedikit).  
  3. Selepas itu tuangkan di atas kek dan sekatakan.
  4. Masukkan ke dalam peti sejuk seketika.
  5. Kemudian keluarkan dan curahkan baki campuran coklat sekali lagi untuk dapatkan hasil coklat yang meleleh di sekeliling kek.
  6. Hiaskan dengan stawbery yang dicelup dengan coklat pekat dan taburkan dengan coklat chip di atasnya. 
  7. Simpan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan dan dimakan.

Inilah hasil kek yang dah siap. Ida biarkan kek ni kosong sebab nak tulis ucapan birthday kat situ..=)







4 comments:

  1. kbykn rakan2 blogger zara ni mmg pandai buat kek.. caya laa.. zara ni tau makan jaa.. hoho

    ReplyDelete
  2. resepi ida punya kek coklat lbbh kurang ayu..

    ReplyDelete

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...