Genius aulad


Followers

Wednesday, February 12, 2014

Resepi Brokoli Masak Tiram

Brokoli masak tiram adalah antara menu pelengkap dalam hidangan makan kita disamping menu-menu utama yang lain. Sama juga seperti sayuran hijau yang lain, brokoli mempunyai khasiat yang tersendiri dalam memenuhi keperluan pemakanan kita.


Nak masak brokoli senang je, dan ia tidak mudah lembik jika dimasak. Untuk menambah citarasa dalam menu brokoli ni, Ida tambahkan udang dalam resepi ni. 

Resepi brokoli masak tiram yang superb ni sebagaimana dibawah...=)


Bahan-bahan:
  • 1 Brokoli-dlm 300gm (dipotong kasar) 
  • Sedikit lada benggala (dipotong dadu)
  • 4-5 ekor udang (saiz sederhana)
  • 2 ulas bawang Putih (dicincang)
  • 2 sudu besar sos tiram 
  • Secukup rasa/serbuk perasa ayam
  • 1 sudu kecil kicap pekat
  • 1 sudu besar minyak bijan 
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • Sedikit minyak (untuk menumis)
  • Gula dan garam secukup rasa
  • Sedikit air

Cara-cara:
  1. Didihkan air bersama garam dan minyak. Celur brokoli seketika hingga lembut. Angkat dan toskan. Ketepikan.
  2. Dengan api yang kecil, tumis bawang putih hingga wangi.
  3. Kemudian masukkan minyak bijan, kicap pekat, sos tiram, gula, serbuk lada hitam, secukup rasa dan garam ke dalam periuk. Kacau sekata sehingga agak pekat-pekat sedikit. Jika terlalu pekat boleh masukkan sedikit air. 
  4. Masukkan udang dan biarkan masak seketika.
  5. Curah sos ke atas brokoli yang dicelur bersama lada benggala yang dipotong dadu.
  6. Gaul sekata. Sedia dihidang.



Sedia dihidang. Selamat Mencuba=)





1 comment:

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...