Afif susah nak makan makanan yang diberi. Kadang-kadang jealous pulak bila tengok anak orang lain makan. Tak mengapalah, walaupun kurang makan, tapi dia tetap minum susu. 
Banyak yang kita kene belajar mengenai kanak-kanak yang semakin membesar ni. Kadang-kadang pening jugak dibuatnya. Sejak kebelakangan ni, Afif akan makan jika diberi makan sendiri. Masuk la 2,3 suap dalam mulutnya tu walaupun dalam kuantiti yang sedikit.
Tapi, kadang-kadang leceh jugak dibuatnya sebab kene biarkan dia makan, habis bersepah-sepah. Hmmm... Tak mengapalah, janji dia makan. Macam-macam ragam bila dia makan sendiri=)
Sekarang ni dia dah mula makan semeja time makan. Tapi, tak boleh lama-lama sebab dia cepat bosan dan akan sepahkan makanan atas meja.
Walau apa pun, terdapat beberapa perkara yang perlu diambil berat semasa anak makan sendiri, antaranya seperti:
- Pastikan tangan anak bersih untuk makan dengan tangan sendiri.
 - Sediakan peralatan makanan yang selamat seperti pinggan plastik dan gelas plastik yang tidak membahayakan anak.
 - Jika menggunakan kerusi, pastikan anak boleh duduk dengan selamat dan selesa.
 - Pakaikan apron makan, sediakan tisu atau alaskan tempat makannya jika perlu.
 - Pastikan jenis makanan yang diberikan adalah sesuai dan tidak keras serta mudah untuk dikunyah dan tidak merbahaya jika anak kita tertelan makanan tersebut.
 - Ibubapa tidak seharusnya meninggalkan anak makan sendirian, ianya harus diawasi kerana mungkin tangannya akan menyentuh mata atau hidungnya sewaktu makan.
 

dia dah besar...nak buat semua sendiri...hehe
ReplyDeletetu la pasal..tp yg x bestnya pnt nak kemas bila dia sepah-sepahkan..huhu...
Delete