Genius aulad


Followers

Wednesday, July 24, 2013

Resepi Kerabu Kerang dan Kacang Botol

Resepi kerabu kali ni sama juga denga kerabu yang lain. Cume kali ni nak melenkapkan resepi kerabu dengan isi kerang dengan kacang botol pula.


Bahan-bahan:

  • Semangkuk isi kerang (direbus)
  • 250gm  kacang botol (dihiris halus)
  • 2-3 batang kacang panjang
  • 2 ulas bawang merah (dihiris)
  • 1/2 ulas bawang besar
  • 1 sudu besar kerisik
  • 7 biji cili merah (dihiris)
  • Sedikit belacan (jika mahu)
  •  Air asam limau secukupnya
  • Garam, gula dan serbuk peras secukupnya
 
Cara-cara:
  1. Masukkan semua bahan-bahan yang dihiris ke dalam mangkuk dan gaul rata.
  2. Kemudian gaul dengan isi kerang yang direbus.
  3. Masukkan bawang besar, cili merah, kerisik dan air asam limau. Kacau sebati 
  4. Sedia untuk dihidangkan.








Resepi Kerabu Kacang Panjang dan Taugeh

Salam Ramadan,

Kali ni Ida nak share salah satu resepi berbuka untuk hari ni iaitu kerabu kancang panjang dengan taugeh ni. Kalau bulan-bulan puasa cam ni tak sah kalau buat kerabu. Mesti buat untuk menu selingan disamping menu-menu utama yang lain. 

Okey..resepinya senang je. Tapi part yang malas sket nak kena potong nipis sume bahan...huhh...penat. 

Bahan-bahan:

Hiris:
  • 4-5 batang kacang panjang
  • Segengam taugeh
  • 1/2 batang bunga kantan
  • 2-3 helai kubis putih
  • 3-4 biji cili merah
  • 1 batang serai
  • 1 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang besar
Gaul:
  • 1@2 sudu kerisik (kelapa goreng dan ditumbuk)
  • 1 ekor ikan rebus (ditumbuk)
  • 2-3 sudu jus limau nipis
  • Gula, garam, secukup rasa


Cara-cara:
  1. Hiris nipis-nipis kesemua bahan kerabu kecuali taugeh tak perlu hiris.
  2. Gaulkan kesemua bahan-bahan yang dihiris.

       3. Siap. Sedia dihidang.






Resepi Sambal Udang Petai

Resepi sambal udang ni salah satu resepi berbuka puasa Ida 1 keluarga. Tapi lupa puasa yang ke berape entah. Baru nak update di tengah-tengah kesibukan ramadhan. Ok jom layan resepi Ida.

Bahan-bahan:
  • Udang (200-300gm) saiz terpulang 
  • 1-3 keping petai - di kopek
  • 4-5 ulas bawang merah kecil
  • 2 ulas bawang putih
  • 6-7 sudu besar cili kering mesin - bubuh lebih kalau nak lebih sambal/kuah
  • sedikit asam jawa
  • sedikit halia
  • 1 biji bawang besar - hiris 
  • Garam 
  • gula
  • Secukup rasa

Cara-cara:

  1. Bawang, halia dan cili kering di blend. Panaskan minyak & tumis bahan blend tadi sehingga wangi.
  2. Masukkan air asam jawa. Biarkan mendidih. 
  3. Masukkan udang, masak sekejap sehingga berwarna merah.
  4. Masukkan petai, bawang besar, garam dan gula secukup rasa.
  5. Masak dan sedia di hidang.




*Sedap makan dengan nasi panas-panas...fuhhh...berselera.





Tuesday, July 23, 2013

Resepi Sup Tulang

Ini la sup tulang versi Ida cook style sempoi. hehee...Trend sup tulang yang Ida masak ni ala-ala sup daging kat Ani Sup Utara, restoran favorite kami time teringin nak makan sup. Tapi yang sup yang Ida buat ni rasa dia mungkin agak-agak sama tapi tak serupa la. :)


Bahan-bahan:
  • 1kg tulang lembu
  • 3 ulas bawang merah - dimayang halus
  • ulas bawang putih - dimayang halus
  • 3 inch halia diketuk
  • 1 sup bunjut
  • 1/2 sudu besar lada hitam - ditumbuk
  • 2 biji ubi kentang
  • Sedikit lobak merah
  • 3-4 biji cili merah
  • Limau nipis
  • Garam dan gula secukupnya
  • Bawang goreng dan daun sup
  • Secukup rasa
  • Air

  • Bahan tumis: 5 kuntum bunga cengkih, 3 biji buah pelaga, 1 btg kulit kayu manis dan 1 kuntum bunga lawang
Cara-cara:
  1. Bersihkan tulang dan masukkan kedalam periuk bersama air. Rebus sehingga empuk dengan api yang sederhana.
  2. Sementara menunggu empuk, masukkan rempah sup bunjut, lada hitam dan halia. Tambah air untuk kuah yang mencukupi. 
  3. Masukkan ubi kentang dan lobak merah. 
  4. Sementara itu, tumis semua bahan untuk tumis dalam kuali berasingan sehingga naik bau. Masukkan tumisan tadi dalam rebusan tulang. 
  5. Masukkan garam, secukup rasa, sedikit gula. Setelah ubi kentang empuk boleh la padamkan api.
  6. tabur bawang goreng dan daun sup. Sedia di makan. 









Resepi Bubur Nasi Baby

Dalam banyak-banyak resepi, ada satu nak share resepi untuk baby. Asyik resepi mama dan papa je, kali ni Ida nak share salah satu resepi bubur nasi untuk my baby boy. Resepi ni sesuai untuk baby yang berumur 7-8 bulan ke atas. Sebelum ni asyik bagi nestum je. Bila rase dia dah boleh makan benda lain, tu yang Ida try buat bubur ni. Alhamdulillah anak Ida makan.:)


Cara nak buat bubur ni senang je. Kalau nak cuba boleh la..

Bahan-bahan:
  • Segengam Beras (basuh, direndam supaya lembut dan tumbuk halus)
  • Lobak merah
  • Isi ayam
  • Air secukupnya
  • Sedikit gula (jika suka)


Cara-cara:
  1. Masak beras yang ditumbuk dengan air.
  2. Biarkan mendidih dan biarkan nasi lembut.
  3. Masukkan isi ayam dan lobak merah (di blend terlebih dahulu).
  4. Tambahkan sedikit gula (baby salalunya suka manis).
  5. Rasa. Sedap? Boleh padam api dan sejukkan.





*Note:
- Beras direndam supaya senang ditumbuk dan senang masak. Tak perlu masak lama untuk nasi lembut dan lembik. Lain orang lain caranya, kalau selesa dengan cara ni boleh la cuba yer.




Sunday, July 14, 2013

Juadah Berbuka di Bazar Ramadan

Salam..

Sebut pasal bulan Ramadan ni seronok betul. Ada bazar ramadan.hehe..macam budak-budak pulak..
Ida, suami dan anak Ida ni sempat ke bazar ramadan, kat Sri Gombak. Bazar ramadan ni bukan sahaja memberi peluang untuk orang Islam membeli jaudah berbuka, malah kaum-kaum lain juga dapat menikmati kemeriahan bulan puasa. Mereka juga turut datang membeli pelbagai juadah yang terdapat di sini. 

Monday, July 8, 2013

Selamat Hari Lahir "Mama" 2013

Salam..

Lagi mengenai kisah birthday. Tapi kali ni birthday diri sendiri..hehe..26 Jun 2013 lepas, baru je sambut birthday Afif (my boy). 07 Julai 2013, celebrate birthday saya pulak. Birthday saya dan Afif dekat-dekat. Nasib baik bukan hari yang sama, hehe... Kalau tak Papa cakap "senang sambut sekali je".

Birthday saya kali ni disambut biasa-biasa je..Tapi penuh bermakna, buat seorang isteri, seorang ibu yang dihargai.:) Ha...nak tahu kat mana ni?? Ini la kat McDonald, Sri Gombak. Suami saya ajak kuar dinner, tapi tak tahu la pulak kat mana tempat yang sesuai nak makan-makan sambil potong kek ni. Read more »
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...