Genius aulad


Followers

Monday, June 10, 2013

Resepi Puding Gula Hangus

Ini resepi puding yang pertama yang saya cuba. Alhamdulillah menjadi! 


Bahan-bahan: 

  • 3 sudu besar gula pasir 
  • 1 tin susu pekat 
  • 7 biji telur ayam 
  • 1 cawan air 


Cara-cara: 

  1. Cairkan gula dalam loyang atas api sederhana kecil. Masak sampai gula kekuningan. Pastu bila dah cair....lenggang2 loyang itu biar gula rata. 
  2. Kepuk telur sampai berbuih pastu masukkan susu pekat tadi. Kacau rata....baru masukkan air. 
  3. Last sekali tuang adunan tadi atas gula yang dah beku dalam loyang. Boleh kukus sampai masak....kukus tu lebih kurang 45 minit 
  4. Masukkan dalam peti sejuk. Bila dah sejuk terlekupkan.
  5. Sedia dihidang dan boleh makan.





*sumber resepi dari http://www.myresipi.com. TQ.





Resepi Kek Lapis Tembikai

Hai, kali ni saya nak kongsikan resepi Kek Lapis Tembikai yang simple ni. Teringin nak buat kek ni, sebab nampak cantik. Berlapis macam real buah tembikai ni. hehehe.... 

Memandangkan ini percubaan yang pertama saya buat yang kecik je la dulu. Resepi asal dari http://www.myresipi.com untuk 8" x 8" x 2.5". Nak mudah saya bahagi dua semua bahan-bahannya. 



Bahan-bahan 

  • 5 Biji telur
  • 250gm mentega
  • 1/2 cawan gula
  • 1 1/2 tepung gandum
  • 1/2 horliks
  • 1/4 tin susu pekat
  • 1/2 tin kecil sri kaya
  • 1 sudu kecil perasa tembikai
  • Pewarna merah
  • Pandan paste/ Pewarna hijau
  • Kismis hitam secukupnya

Cara-cara

  1. Pukul gula dan mentega  hingga kembang
  2. Masukkan telur satu persatu
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Pukul lagi sehingga rata.
  4. Masukkan horlicks  dan perisa tembikai dan pukul lagi.
  5. Masukkan sri kaya dan susu dan pukul hingga rata.
  6. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian:
    •   3 senduk (tambah pandan paste-untuk kulit tembikai
    •   2 senduk biar plain untuk bahagian tengah buah tembikai
    •   selebihnya tambah pewarna merah untuk isi tembikai yang merah menyala tu.:)
  7. Kismis hitam di masukkan di atas lapisan warna merah.
  8. Bakar warna hijau 3 lapis. Kemudian warna plain 2 lapis. Diikuti dengan warna merah.
  9. Dah siap bakar semua, sejukkan dan boleh la hidangkan..






Ikan Bawal Masak Chuan


Okey..Ini pula kisah ikan bawal..Minggu lepas terrrbeli pulak ikan bawal ni.. (baru knl rupe ikan ni.hehe..). Maklum la saya kureng sket bab-bab nama-nama ikan ni. Pergi pasar main tunjuk-tunjuk je nak ikan apa. Nama ikan tak tahu.hehe....

Sebelum ni tak pernah masak pun ikan ini. hurmm...hari ni baru lah terrrcari-cari la resepi untuk ikan ni. Masak apa yang best yer?? Apa lagi google la resepi untuk ni. Terpikat dengan resepi dari blog Dunia Cinta Kami Ikan Bawal Masak Chuan.. Jom tengok macam mana resepi dia 


Bahan-bahan

  • 3 ekor ikan bawal putih saiz sederhana
  • 1 biji bawang besar ~ hiris
  • 2 ulas bawang putih ~ hiris nipis
  • 1 biji cili merah ~ buang biji, hiris dan dadu halus ( yana guna cili api )
  • 3 camca besar plum sos
  • 1 camca besar sos tiram
  • 1 cawan air
  • Sedikit kicap cair
  • Gula secukup rasa
  • Hirisan daun bawang untuk hiasan

Cara-cara
  1. Ikan disiang, cuci bersih, kelar sedikit dan lumur dengan secubit garam, serbuk lada sulah dan sedikit serbuk kunyit. Goreng hingga kuning keemasan, toskan dan susuh dalam pinggan sesuai.
  2. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang besar, bawang putih dan halia. Tumis hingga wangi. 
  3. Masukkan cili, sos plum dan sos tiram. Kacau rata dan masukkan air, Biar mendidih. 
  4. Tambah gula secukup rasa dan kicap cair.. Masak hingga pekat. 
  5. Tuang atas ikan tadi, hias dengan hirisan daun bawang dan hidang segera selagi hangat.
Siap! Ikan bawal masak chuan, setelah resepi saya modified sikit-sikit sebab main campak-campak apa sahaja  yang saya suke...hehe..






-TQ-






Resepi Brokoli Goreng Campur

Salah satu hidangan untuk makan tengah hari. Bagi peminat brokoli boleh cuba resepi ni.





Bahan-bahan

  • 300 gm brokoli
  • 100 gm kobis
  • 100 gm carrot
  • 100 gm ayam (saya gunakan hotdog-dihiris kecil panjang-panjang)
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 biji cili merah
  • 1 sudu tepung jagung di bancuh dengan 1/2 cawan air
  • Minyak
  • Garam
  • Sebuk perasa


Cara Memasak


1. Semua bahan dihiris dan dipotong kecil


2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga layu dan wangi.


3. Masukkan isi ayam/hotdog. Kacau rata.


4. Masukkan sayuran dan garam. Kacau rata.


5. Bila sayur agak lembut masukkan bancuhan tepung jagung. Kacau rata.


6. Bila dah sebati boleh angkat dan hidangkan








Resepi Ayam Bakar Ala Nandos

Ha....Ini Ayam Bakar Ala Nandos resepi yang di modified sendiri..hehehe.. Nak dijadikan cerita, 1st time makan dekat Nandos, ayam dia sedap..tapi allergic la pulak. Tak tahu bahan yang digunakan tu apa. Muka jadi gatal-gatal dan merah-merah. Husband pun sama lepas makan dia asyik duk bersin je. Tak tahu la orang lain makan macam mana.

Nak sangat makan ayam ni, masak sendiri je la..Bila google search, banyak rupanya resepi ayam bakar ala nandos yang simple macam ni.

Ini ayam ala nandos saya sendiri, mungkin tak cukup bahan nak taruk semua, saya campak-campakkan apa yang ada. So jadi la macam ni. Heee... Tak kisah la, janji sodappp...:)



Bahan-bahan
  • 1 ekor ayam (dipotong dan di bersihkan) - saya ambil part best je, kepak, paha, dada
  • 1/3 botol sos peri-peri nandos (marinade sauce)
  • Sedikit sos tiram
  • 2.5 sudu gula
  • 2 sudu minyak makan
  • 1/2 sudu lada hitam (tumbuk kasar)
  • 1/2 sudu serbuk jintan manis
  • 1/2 sudu serbuk cili
  • garam, dan perasa secukupnya.
  • 1 biji bawang besar di potong baji

Cara-cara
  1. Lumur ayam dengan semua bahan dan perap beberapa jam. Kalau boleh perap semalaman.
  2. Pastu ayam ni saya tak guna avon pun, saya gunakan pemanggang ikan ajaib..:) Lebih senang.
  3. Bakar dengan api sederhana sehingga masak. Jangan bagi terlalu kering nanti tak juicy plak ayam tu.
  4. Senangkan..Dah masak boleh la dihidangkan.











Resepi Nasi Kerabu Kelantan

Salam,

Ini resepi hari minggu kami...Sejak diri ni menjadi bos kepada majikan sendiri (suri rumah ler..hehe) hari-hari nak mencuba masakan-masakan baru. Tapi minggu ni, bukan masakan baru pun...kali ni nak makan masakan yang membasahkan tekak dengan resepi masakan kelantan ni iaitu Nasi Kerabu Kelantan. Suami saya memang gemarkan nasi kerabu ni. Kalau boleh nak makan dalam pinggang yang besar, senang nak gaul  katanya.

Saya sebut penuh Nasi Kerabu Kelantan ni bukan apa, sebab husband kata ada Nasi Kerabu Kelantan dan nasi Kerabu Terengganu. Nasi Kerabu Terengganu, katanya tak ada sambal tumis, Nasi Kerabu Kelantan ada sambal tumis. Itu lah yang membeza kedua-dua nasi kerabu ni. Sesetengah orang ada juga yang memanggil nasi kerabu ni dengan nama nasi ulam. Hmmm...apa pun, jom saya kongsikan resepi nasi kerabu yang saya masak ni.



Bahan-bahan (Nasi)
  • 500gm beras
  • Air secukupnya
  • 10 kuntum bunga telang-ambil airnya. (saya panggil bunga ni bunga nasi kerabu, tapi saya gunakan pewarna saja, sebab susah nak dapat bunga telang ni)
Cara-cara:

  1. Satukan beras yang telah dicuci , air, air bunga telang atau pewarna biru di dalam periuk.
  2. Masakkan nasi tadi. (saya senang guna periuk elektrik)
  3. Biarkan ia masak dan apabila sudah masak, hidangkan bersama ulam-ulaman.
Bahan-bahan (Sambal Kelapa)
  • 2 ekor ikan kembung- rebus dan diambil isinya
  • 200gm kelapa parut
  • 1 batang serai
  • 2 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1cm halia
  • garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa

Cara-cara:

  1. Goreng kelapa dan kacau sentiasa supaya tidak hangit.  
  2. Tumbuk semua bahan dan gaul dengan kelapa goreng. 
  3. Gaulkan kelapa goreng tadi dengan bahan tumbuk. Masukkan garam dan gula.
Bahan-bahan (Tumis)
  • 200ml santan
  • 3 biji cili kering
  • 2 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 keping asam gelugur
  • 3 sudu makan budu
  • gula secukup rasa
    Cara-cara:
    1. Masak santan sehingga keluar minyak.
    2. Masukkan bahan kisar, asam gelugur, budu, gula dan garam seukup rasa. Kacau hingga rata dan sebati.
    3. Hidangkan bersama nasi kerabu.

    Bahan-bahan (Ulam):
    • 100gm tauge 
    • 50gm daun serai kampung (jika tiada, boleh digantikan dengan kubis atau daun daun selom)
    • 1 batang serai
    • 1 batang bunga kantan

    Lauk Pauk (pilihan):

    • Telur masin
    • Ikan rebus goreng celup tepung
    • Daging bakar
    • daging goreng @ ayam goreng
    • Keropok @ keropok lekor
    • Solok lada
    • Bawang putih jeruk
    • Atau apa2 aja yang disukai


    Dah siap...








    Wednesday, June 5, 2013

    Resepi Maggi Goreng


    Assalamualaikum...

    Haa...Masa untuk Ida update resepi. hehe...Kali ni nak share resepi Maggi Goreng. Agak-agak macam special la jugak. Menu ni Ida masak time makan malam yang lepas. Ni gara-gara tengah hari kuar jalan-jalan dan shoping, then lunch pun kat luar jugak la. So, untuk dinner, nak senang masak just masak maggi je la. Tapi kali ni maggi goreng! Fuhh..boleh tahan...berselera makan malam, walaupun sekadar maggi..:)

    Okeh, ini resepi maggi goreng yang Ida buat.

    Bahan-bahan 

    • 3 bungkus Maggi Kari (di rendam air panas seketika & toskan)
    • 2 biji Telur
    • Isi Ayam
    • Sedikit Sayur sawi
    • Sedikit Lobak merah
    • Timun Batang
    • 2 packet perencah kari maggi (jangan guna semua, nanti masin sebab tak berkuah)
    • Kicap  secukupnya
    • Minyak untuk menumis
    • 3 ulas bawang putih
    • 2, 3 biji cili api (kalau nak pedas)


    Cara-cara
    1. Masuk sedikit minyak untuk goreng telur dan kacau. (buat macam scramble egg). Angat dan ketepikan dahulu. 
    2. Panaskan minyak lain dan tumis bawang putih hingga naik bau. (sekejap je, jangan bagi hangus..:p)
    3. Kemudian masukkan isi ayam, biarkan isi ayam tu masak sedikit. 
    4. Masukkan perencah maggi kari..gaul seketika, then masukkan sayur sawi dan carrot.. kacau sekejap bagi layu sedikit.
    5. Masukkan maggi yang ditoskan tadi, gaul sebati...kemudian tambahkan kicap supaya nampak kehitaman sedikit.
    6. Last sekali, masukkan telur scramble egg tadi. Gaul sebati supaya telur bergaul mesra dengan maggi tadi.
    7. Ok..boleh angkat dan hidang. Hiris timun batang, dan limau nipis. 



    Selamat menjamu selara..slirppp..nyum-nyum...:O










    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...