Genius aulad


Followers

Wednesday, November 5, 2014

Jalan-jalan ke Penang Naik Jambatan Kedua Pulau Pinang

Dah lama dah orang duk heboh-heboh pasal jambatan baru kat Penang ni, Ida dan family pulak baru je pergi menjejakkan kaki untuk melihat sendiri Jambatan kedua Pulau Pinang ni. Tak pe la, at least sampai jugak kan. Maklum la kami pun bukannya orang Penang sebab tu lewat sikit sampai..;p 


So, trip percutian kami kalinya bukan hanya ke Kedah sahaja, tapi dari Kedah membawa ke Penang pulak. Alang-alang dah dekat kami jalan-jalan ke Penang sekali. Tempat en. suami belajar dulu-dulu, katanya dah expert datang sini. Ida pula, ini merupakan kali kedua, sebelum ni mai sini bercuti ke Pulau Pinang tapi, jambatan ni belum siap lagi. 


Namun masih belum terlewat lagi, kerana jambatan ini masih baru lagi dirasmikan olah Perdana Menteri kita, Datuk Seri Mohd Najib bin Abdul Razak pada 1 Mac 2014. Haa...baru lagi kan.

Monday, November 3, 2014

Singgah ke Pekan Rabu, Alor Setar, Kedah

Kalau sebelum ini Ida ada ceritakan mengenai berkunjung ke Menara Alor Setar, sekarang mengenai Pekan Rabu pula. Mana taknya pada hari yang sama kami naik menara Alor Setar, kami sempat singgah sebentar ke Pekan Rabu. 


Kalau nak tahu, Pekan Rabu ini juga merupakan salah satu tempat yang menjadi tarikan pelancong ke Kedah. 


Sunday, November 2, 2014

Segmen Blogwalking By IJ #1


KLIK BANNER UNTUK JOIN

Jom blogwalking...

Tarikh tamat ialah pada 14 Nov 2014. 


Lucky Blogger (akan dipilih melalui random.org):

Pemenang pertama x Topup RM20
Pemenang kedua & ketiga x Topup RM10

Menara Alor Setar: Tarikan Pengunjung ke Kedah

Beberapa minggu yang lepas, Ida sekeluarga ke Kedah untuk menghadiri jemputan kenduri rakan suami. Sambil-sambil itu suami merancang untuk bercuti dan bawa kami jalan-jalan di sana, memandangkan Ida sendiri belum pernah ke sana. 


Dalam hati ni terus timbul persoalan, apa yang menariknya di Kedah ni??? Haa...kalau nak tahu, negeri Kedah ada keunikan dan tarikan pengunjung tersendiri untuk ke sana. Antaranya, Menara Alor Setar. Jangan tak tau, Menara Alor Setar telah menjadi kebanggaan rakyat negeri Kedah.


Saturday, October 18, 2014

First Segmen Bersama Sara Liyana


Salam...Hai2..

Salam perkenalan Sara Liyana dan rakan-rakan. Bagus segmen ni. Harap-harap income dari Nuffnang melimpah ruah...:)

Jom support segmen ni sambil tambah income tabung en.Nuff dan kalau ada rezeki boleh juga merasa menang hadiah...Wow!!

Hadiah

Wang tunai RM 50 ( Seorang)
Topup RM 5 ( 5 orang ) 

Clik Banner Untuk Join!

Tarikh tutup penyertaan adalah 14.11.2014

Segmen: Blogwalking Bersama Cikgu Ayu

Untuk Join Sila Klik Banner.

Assalamualaikum..Hai..Salam kenal.

Jom join Segmen Blogwalking Bersama Cikgu Ayu.
Tinggalkan link korang untuk Ida follow kembali. Terima kasih...:)

Friday, October 17, 2014

Resepi Nasi Ayam Simple ala KFC

Untuk memasak nasi ayam, selalunya menggunakan air rebusan ayam, manakala ayamnya pula akan digunakan untuk membuat lauk (ayam) mengikut cita rasa, dan lebihan air rebusan ayam pula akan dijadikan sup.  

Untuk resepi ini, Ida memerlukan stock ayam. Ianya mudah dan senang didapati di mana-mana pasaraya. 

Berbeza dengan penyediaan ayam ala KFC ni, ia adalah lebih mudah dan senang berbanding dengan nasi ayam biasa. Resepi ni Ida 'main' olah mengikut cita rasa sendiri sahaja. Lagipun Ida memang suka menu nasi ayam bersama ayam goreng di KFC tu. 


Walaupun rasanya tetap tidak sama, tapi rasanya ianya lebih berbaloi apabila memasak sendiri di rumah. Ok.....kalau sesiapa ingin mencuba, boleh la cuba yer...Resepi serba ringkas dan senang Nasi Ayam Simple ala KFC. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...