Genius aulad


Followers

Wednesday, November 13, 2013

Simple GA - 3D Puzzle

Salam..

Masa kecik-kecik dulu pernah jugak la main puzzle ni. Tapi bukan yang 3D punya pun. Ala...yang biasa-biasa je. Seronok main puzzle ni. Nak-nak main 2 orang, 2 puzzle. Masing-masing bertanding siapa cepat siap dia yang menang..hehehe..best imagine zaman kanak=)

Jom join GA simple ni...


TARIKH TUTUP ADALAH 29 NOVEMBER PUKUL 12 TENGAH HARI


Klik Banner untuk join..


Tuesday, November 12, 2013

Daim Giveaway By Akma!!

Salam..

Jom Join.


Klik banner untuk join.

Resepi Ikan Siakap Bakar Berempah Sedap

Wah..bukan main lagi tajuknya..Tapi memang sedap ikan siakap bakar ni. Semua ni gara-gara selepas makan ikan bakar kat Port Dikson hari tu la ni. Kalau hari tu makan ikan talipia merah bakar, kali ni nak cuba bakar sendiri ikan siakap ni menggunakan bahan-bahan yang di tokok tambah sendiri. Tapi, rasanya lebih kurang, sedap..hehe..

PengalamanMakan: Kedai Makan Upin & Ipin, Taman Melati

Salam..

Kedai Makan Upin & Ipin, satu nama yang semakin mendapat tempat di kalangan penjejak tempat-tempat makan sekarang ni. Dulu one of my friend ada suggest kan tempat ni,  tapi tak pernah pulak ke sini sampai la last week tetiba je ajak husband makan kat restoran ni. Lagi pun Afif minat sangat dengan siri kartun animasi Upin & Ipin ni. Nak jugak tengok dan rasa macam mana la pulak kedai makan Upin & Ipin ni. 

Buku Menu

Tapi, rasanya 1st time ke kedai ni, kami 'langkah kiri' kot. Ada la beberapa yang boleh membuatkan mood yang berkobar-kobar nak makan kat sini 'down' serta-merta. Mungkin kedai makan ni masih baru bertapak kot, so masih banyak lagi yang belum menepati citarasa pelanggan. 

Bagi yang masih belum tahu, dan ingin tahu kedai makan Upin & Ipin ni one of the francias Upin & Ipin yang terbaru dari Les' Copaque Production. 
Yay! Ada ayam goreng!. Ha!, begitulah reaksi kawan-kawan kita apabila sampai ke Kedai Makan Upin & Ipin. Kedai Makan Upin & Ipin ini adalah merupakan salah satu francias Upin & Ipin yang terbaru dari Les’ Copaque Production. Kalau dulu kawan-kawan hanya boleh menonton siri Upin & Ipin di kaca TV, sekarang kawan-kawan dah boleh makan di Kedai Makan Upin & Ipin.":Petikan dari website Upin & Ipin 

Monday, November 11, 2013

Siapa yang ada blog, suka tulis kisah jiwang, boleh menang RM5,000!!

Salam..

Hai semua.. Tertarik dengan hadiah yang ditawarkan, iaitu RM5,000 untuk pemenang. So, sesiapa yang ada blog dan suka tulis kisah-kisah jiwang, korang ada peluang menang RM5,000 ni. Apa tunggu lagi, lihat pencarian kisah-kisah indah.





Sunday, November 10, 2013

Aiskrim Jeruk Mangga

Ada sesiapa yang mengidam ke sekarang? hehe...risau..kan upload pasal jeruk mangga ni, kan terliur pulak..tapi tak pe, nak dapat jeruk ni tak susah pun.hehe..Buat sendiri pun boleh.


Ini la hasil jeruk mangga muda yang dibuat beberapa minggu lepas. Jeruk ni lebih selamat kalau kita buat sendiri sebab tak ada bahan pengawet. Boleh makan tanpa was-was..=) 

Bahan-bahan yang digunakan hanyalah gula, garam dan air masak sahaja. Cara nak buatnya pun senang je. Just buang biji mangga tu dan potong. Bersihkan, dan masukkan dalam botol berserta garam, gula dan air secukupnya.

Bercuti ke Melaka

Salam...

Tak habis lagi entry pasal bercuti ni kan.hehehe..Sebenarnya, this time kami bukan bercuti pun kat Melaka. Just jalan-jalan di sekitar Bandar Melaka ni. Ini sambungan dari pergi bercuti ke Port Dickson, sebelum balik KL, kami singgah jalan-jalan ke negeri Melaka ni pula. Alang-alang PD dan Melaka ni dah dekat, so tak nak lepaskan peluang ke negeri yang bersejarah ni.


Seronok jugak dapat melihat dan menghayati sendiri sejarah negari Melaka ni. Jom tengok antara tempat-tempat yang sempat kami lawati.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...