Genius aulad


Followers

Saturday, October 5, 2013

Resepi Nasi Goreng Ikan Masin

Hai..Nasi goreng ikan masin ni sedap jugak. Sesuai untuk sarapan pagi, lunch dan juga dinnner. Rasanya ramai yang tahu buat nasi goreng ni.

Setiap orang ada cara yang tersendiri kan. Ida suka cara masak yang simple-simple, janji sedap dimakan kan.

Nasi goreng ikan masin sedap dimakan bersama telur mata sebijik, tambah pulak sekeping dua papadom...huh......sedapnya...:)

Okeh...Jom tengok resepi nasi goreng ikan masin yang Ida masak ni. 

 

Dinner di Restoran Ani Sup Utara, Sri Gombak


Kali ni dinner kat luar lagi. Macam biasa lah, kalau dah keluar jalan-jalan dan shoping ni. Penat nak balik masak. So, kami decide untuk dinner kat one of our favorite place, iaitu kat Ani Sup Utara. Ani Sup Utara adalah salah satu restoran yang terkenal kerana supnya. Sebagaimana motto restoran ini, "Ingat Sup, Ingat Ani Sup Utara".

Kalau dulu time study dulu-dulu, Ida selalu makan kat cawangan seksyen 2 dan seksyen 7, Shah Alam. Sekarang masih lagi menjadi tempat kegemaran, tapi kat cawangan Sri Gombak. Kenapa suka tempat ni? Pertama, kerana sup dia boleh tahan la, ada pelbagai jenis sup untuk dimakan dengan nasi putih, dan juga pelbagai jenis menu selain nasi seperti mee, bihun dan kuey teow sup. 

Friday, October 4, 2013

Giveaway: Dapatkan Jam Tangan Dari Santai Leeza

Salam.... Jom Join!! 
Giveaway: Dapatkan Jam Dari Santai Leeza
Giveaway yang simple saja... Jam Tangan untuk diberi kepada mereka yang bertuah....
     Untuk mudahkan kalian menyertai GIVEAWAY ni... kalian copy paste sahaja coding yang leeza bagi di bawah nanti kat ENTRY HTML kalian.. Cuma kalian perlu lengkapkan ayat yang leeza minta tu... ^_^
SYARAT PENYERTAAN : 
  1. Blogger Berakyat Malaysia 
  2. FOLLOW my FB PAGE
  3. Buat Entry Yang BERTAJUK "Giveaway: Dapatkan Jam Tangan Dari Santai Leeza"
  4. Letak BANNER Giveaway: Dapatkan Jam Dari Santai Leeza
  5. Sambung Ayat ni " Saya Mahu Dapatkan Jam Tangan Dari Santai Leeza kerana ..................................... "
  6. Tinggalkan Link Di Entry ni.....
  7. Berikan pendapat tentang blog Santai Leeza... (Tiada paksaan)
  8. PROMOTE BLOG dan GIVEAWAY (Tiada Paksaan)
  9. SUMBANGKAN TRAFIK Untuk SantaiLeeza.com (Tiada Paksaan)
 Hadiah Yang Disediakan : 
  • Jam Tangan = 2 orang pemenang bertuah
  • Saguhati = 4 orang peserta bertuah
Saya Mahu Dapatkan Jam Tangan Dari Santai Leeza  kerana (seronok pulak join giveaway, sebenarnya bukan hadiah yang dikejar tetapi sebagai tanda sokongan disamping menambah kenalan=)

    Short GA: My Lucky Followers


    Salam...
    Tahniah untuk Qeela!! Ida join untuk bagi support dan menambah kenalan. Harap Qeela sudi follow blog Ida yang baru nak bertapak ni. Seronok dapat tambah kenalan ni kan :)

    Untuk Join Klik Gambar di Atas. 

    Tarikh GA : 1/10/13  hingga  7/10/13 

    Hadiah2:

    ~ Wallet jenama GUESS x1
    ~ Coupon Domino's Pizza (RM55, 50% off, etc. - variety) x6
    ~ Topup RM5 x2
    ~ bloglist sebulan x4
    ~ review blog ( + instagram / twitter - if ada) x2

    Jom ramai-ramai support untuk join!!

    Thursday, October 3, 2013

    Rezeki Menyusu Untuk Afif



    Sebut mengenai susu ibu ni Ida nak share sket pengalaman menyusukan Afif. Sejak dari lahir, Afif menyusu badan. Tapi mungkin anak pertama, selepas bersalin susu badan masih belum banyak. So, kadang-kadang diberi susu formula. Time tu, bagi susu Anmun (new born) sebab kat hospital pun doctor bagi susu Anmum kerana susu ibu yang masih belum keluar time tu. 

    Bila susu badan dah mula banyak Afif minum susu badan sepenuhnya cuma sometimes time keluar jalan-jalan, bergilir-gilir jugak bagi susu formula. Sepanjang tempoh 6 bulan pertama, memang tak ada masalah menyusu. Afif pun sihat je. Tapi selepas 6 bulan, penyusuan Afif makin meningkat. Dia perlukan makin banyak susu. Tidur malam pun kene berjaga sampai 2-3 kali bangun kerana Afif nak menyusu. 

    Susu Ibu Tiada Tandingan


    Info Penting Mengenai Susu Ibu. 

    *(dari hasil pembacaan dan pencarian maklumat untuk dikongsi bersama)

    Banyak faedah kepada ibu dan bayi apabila mengamalkan penyusuan susu badan. Perkara ini tidak dapat disangkal lagi kerana dalam Al-Quran juga ada menyatakan tanggungjawab untuk ibu-ibu menyusukan anak. 

    Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).” (Surah Luqman: ayat 14)


    Tiada susu formula yang boleh menyerupai susu ibu. Itu keajaiban susu ibu dan ia dinamik. Komposisi zat yang terkandung dalam susu ibu pada waktu pagi, tengah hari dan malam adalah berlainan. Ia memenuhi keperluan zat seiring usia bayi. Banyak kebaikan diperoleh oleh bayi yang diberikan susu ibu. Bayi akan mendapat semua zat makanan yang diperlukan, terhindar daripada jangkitan-jangkitan penyakit seperti cirit-birit berbanding susu formula yang mendedahkan mereka dengan risiko masalah ni. 

    Wednesday, October 2, 2013

    Disebalik Cirit Birit Afif

    Teringat plak time Afif cirit birit dulu. Time tu, dia baru masuk setahun. Dia minum susu badan. Tapi kadang-kadang campur jugak dengan susu formula. Nak di jadikan cerita, time tu susu badan teramat la kurang. Dia jadi cepat marah, sebab susu tak banyak. So, sebab tu banyak bagi susu formula. Time tu Afif minum susu Dupro (untuk bayi 0-12 bln). 

    Cirit-birit Berlarutan.

    Mula-mula Afif just cirit-birit biasa je. Sehari dalam 3 kali jugak la buang air besar, Najisnya pula kekuningan dan cair. Risau cirit-biritnya berlarutan Afif dibawa ke klinik (Klinik 24 jam, Seri Indah). Doktor ada berikan ubat cirit-birit, Oral Rehydration Salts (kami panggil air garam je) dan ubat untuk menghilangkan kesan melecet bila cirit-birit (anti bacteria).



    Selain dari tu, doktor nasihatkan supaya cairkan susu untuk bagi Afif. Mula-mula pelik juga, kenapa kene cairkan eh? Bila dikaji-kaji...betol la kene cairkan supaya susu boleh sesuai dengan keadaan perut yang tengah cirit-birit. Makanan pula, tak boleh bagi makanan berminyak. Kalau sup, sup kosong je. Air pulak, kene bagi minum banyak air kosong atau suam. Botol-botol susu pula kene bersih. Kene basuh dan perlu sterile kan (rendam air panas/suam). Proses pembersihan dan pensterilan botol susu perlulah dibuat setiap hari.

    Cirit-birit, Muntah dan Demam.

    Selepas bagi ubat semua, cirit-birit Afif sama jugak. Tapi makin teruk. Afif tak nak makan lansung. Puas pujuk, dia tak nak. Perutnya macam kembung. Najisnya pula macam ada something putih-putih. Kami syak la, mungkin Afif ni ada cacing kot. Keadaan manjadi makin teruk apabila kali ni Afif demam dan muntah la pulak. Punggung dia pulak dah sampai melecet. Mungkin kesan dari kerap buang air besar. Bila nak basuh je dia akan menangis dan meronta-ronta, sebab pedih. Kesian anak mama...:( 
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...