Genius aulad


Followers

Saturday, October 1, 2011

Ikatan Perkahwinan, Hari Bahagia

Tanggal  01 September 2011, jam 11.00 pagi, saya diijab kabulkan dengan suami. Majlis akad nikah berlangsung di Masjid Kok Lanas, Ketereh Kelantan. Imam mukim selaku Tok Kadi, bersaksikan abah, ayah mertua, bapa-bapa saudara, mak, adik-beradik serta sanak saudara sebelah lelaki dan perempuan, maka dengan hanya sekali lafaz saya sah menjadi seorang isteri kepada suami saya. 


Di sini lah bermulanya bahtera kami bergelar suami isteri. Siapa yang tak rasa bahagia, 'mendirikan masjid' bagi meneruskan perjalanan kehidupan bersama insan tersayang. Perasaan gembira, bibir tersenyum, air mata rasa nak menitis hiba..dalam hati terdetik "ye..saya sudah menjadi seorang isteri". 






Ini antara kad jemputan yang menjadi memori sejarah kami untuk menjemput rakan-rakan dan juga sanak- saudara kami. Tarikh majlis perkahwinan kami berlangsung adalah pada hari raya aidilfitri yang ke-3 selaras dengan cuti saya dan juga suami. Pengantin raya la ni..hehehe..


Banner sempena hari bahagia kami. 



Setelah sah diijab kabulkan resepsi majlis persandingan kami berlangsung pada hari yang sama iaitu pada sebelah petang, bermula jam 12.00 tengah hari. Bertemakan warna purple pink, pelamin kami tesergam indah yang di tempah khas dari butik pengantin Kak Ani Bridal, Kok Lanas. 


Adik-adik saya, merankap adik-adik ipar suami saya, selaku pengapit setia pasangan pengantin pada majlis persandingan tersebut.


Majlis makan beradap bersama pengantin, my mom and my father in-law. Food desert semua disediakan oleh sepupu saya yang merupakan salah seorang chef di kem beliau. No wonder, beliau pakar dalam culinary art dan juga dalam penyediaan makanan pengantin.

 




Sebenarnya abah dah lama berhajat, kalau saya kahwin dia teringin nak tengok persembahan seni silat. (Tengok la betapa istemewanya anak abah sorang ni.hehehehe.....). Seni silat antara sejenis permainan tradisi Kelantan yang tersohor. Suami orang belah Terengganu, so rombongan pengantin lelaki teruja bila di sambut dengan paluan kompang serta persembahan silat. Ada yang postponed untuk makan, semata-mata untuk melihat persembahan silat.  



Ketibaan sang putera hati disambut oleh sang puteri, berpayungkan payung 'raja sehari' sememangnya cukup meriah sekali. 


Ini adalah antara photo-photo untuk tatapan semasa majlis bersanding.



Tidak ketinggalan juga acara memotong kek. Kredit to my friend Normahani yang candid aksi spontan pengantin. Katanya, "pengantin nampak sweet dan bahagia sekali". Thanks dear...:)




Awesome memory bersama suami yang sememangnya menjadi kenangan terindah buat kami.  








Selesai seharian majlis bersanding, penat berbaur perasaan gembira dengan kehadiran sahabat handai serta saudara mara dari pagi sampai petang dan membawa ke malam masih lagi ada yang datang. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua kerana sama-sama melancarkan majlis persandingan, sekali gus memeriahkan majlis kami. 

Selang sehari selepas majlis bersanding, cukup lah untuk memberi kami rehat yang cukup kerana majlis meyambut menantu pula iaitu pada 03 September 2011 (hari raya aidilfitri yang ke-5). Majlis menyambut menantu berlangsung di rumah suami di Setiu, Terengganu. Majlis tidak kurang meriahnya kerana ini merupakan kenduri perkahwinan yang last buat keluarga suami, kerana suami merupakan anak bongsu.







Happy tetap happy tapi kali ni perasaan happy bercampur sedih lagi, sebab kene berpisah dengan family. hehehe..(macam la sebelum ni tak pernah berpisah, tapi kali ni lain sedikit). Apa pun, welcome family in law. Hope, I'm also will be nice for them. hehehe...













Saturday, November 20, 2010

Pengenalan ke Blog Kisah Kita

Salam..

Pengenalan Diri

Hi, seronok pulak berblog ni. Meh la nak perkenalkan diri. Nama saya Idayuni. Kawan-kawan panggil Ida. Anak murid panggil teacher Ayuni.. Wow!! So..sweet my name.:p Jadi, nak panggil Ida boleh, Ayuni pun boleh=)

Dulu ada la belajar sampai diploma dan juga ijazah sarjana muda kat UiTM.

Pengalaman kerja ada la sket jadi kerani cabut dan pernah berkhidmat kat KWSP  Seremban sekejap. Paling lama kerja kat Chinese Company, sampaikan lepas resign pun still cakap pelat-pelat cina lor..huhu.. Then, kerja last sebelum jadi housewife ialah kerja kat headquarter CIMB bank.

Terima kasih kepada kawan-kawan yang masih mengenali. Kenangan  bekerja bersama dulu masih segar dalam ingatan, ceewah..:)

Pernah menjadi fulltime housewife yang paling sibuk sekali dengan aktiviti menjahit baju, memasak, ber'baking', berkebun dan macam-macam lagi..

Di samping menghilangkan stress menjahit tu ada la berblog sket. Nak tengok blog jahitan Ida, sila la ke My Stitching World and Shop.


Mengenai Blog.

Blog ini adalah blog perkongsian perjalanan sebuah kehidupan. Hidup ini indah. Rasanya ingin dikongsikan dengan semua.

Sebenarnya saya ni suka menulis. Kalau tak salah, dulu masa darjah 6, ramai kawan-kawan pun gemar menulis cerpen mahupun novel pendek. Dari situ la, suka baca novel, cerpen, dan menulis (time tu tulis diari je kot. hehe...).


Sekarang ni, sejak dah ada baby, dah bekeluarga, semua tu entah ke mane. Novel yang husband belikan 3 biji tuh, tak sempat-sempat nak baca. Satu tu dah selamat bagi anak main, selebihnya tersadai atas rak. Dah berhabuk.fuhhh..fuh.. (sampai camtu sekali kan.;0).

With my second baby Nur Ayesha Khayra. Now dah ada dua anak, lagi la busy memanjang melayan kerenah anak-anak...uwwwwaaa!!

Tapi tu la, saya ni macam orang lain jugak, seorang wanita, seorang ibu dan seorang isteri mesti la tak lepas dari dunia resepi, dunia fesyen, dunia travel, dan  macam-macam lagi. Inilah warna-warni sebuah kehidupan. Di sini la, tempat untuk mencurahkan segala resepi-resepi harian yang pernah Ida masak, travelling notes and experiences in everything I've done.



Harap semua pembaca enjoy dan dapat memberi serba sedikit manfaat bersama. Whaterver, thanks to my 'bigbos'; my lovely husband.

~xoxo~



Ikatan Pertunangan Pengikat Hubungan

Majlis bertunang tidak asing lagi bagi adat orang Melayu sebelum perkahwinan. 18 November 2010, bermulalah sebuah ikatan pertunangan bagi menjalinkan ikatan bagi kedua-dua belah keluarga sebelum berkahwin antara Idayuni dan pasangan. 


Inilah majlis pertunangan antara antara Idayuni dan Kamariza. Majlis diadakan secara sederhana tetapi cukup bermakna. Ikatan pertunangan ini menjadikan ikatan kasih antara buah hati lebih serius. Alhamdulillah..semua berjalan lancar. Ini la jodoh ku....:)

7 dulang hantaran, juga berbalas 7 dulang hantaran melengkapkan lagi majlis pertunangan ini. 

Hantaran dari pihak perempuan kepada pihak lelaki.




Hantaran dari  pihak lelaki.kepada pihak perempuan.




Bersama anak-anak buah.



Mom and Fiance 





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...