Genius aulad


Followers

Wednesday, March 18, 2015

Resepi Telur Masak Lemak Ummpph...

Bila dengar telur je, mesti ingat menu biasa je kan. Tapi kalau kene dengan resepi, makan nasi dengan telur pun boleh bertambah-tambah tau.hehe..

Kali ni, Ida nak share resepi telur masak lemak. Selalunya kalau nak buat masak lemak ni, guna telur itik lagi baik, sebab telur itik tak mudah hancur dalam kuah dan telur kuningnya lebih besar. 

Kalau nak gunakan telur ayam pun boleh juga. Tapi semasa pecahkan telur ayam dalam kuah tu, kene api yang perlahan dan tak perlu kacau kuat sangat takot nanti telur akan menjadi lebih hancur.


Ok, jom kita tengok resepi ringkas yang Ida sediakan ni. Senang je, tapi rasanya memang ummmph...=)


Bahan-bahan:
  • 4 biji telur itik/ayam
  • Santan secukupnya (1 @ 1/2 biji kelapa)
  • 1 helai daun kunyit (potong 3-4 bahagian)
  • 1 batang serai (dititik)
  • 1 inci kunyit hidup / kunyit serbuk pun boleh (dikisar)
  • 2-3 ulas bawang merah (dikisar)
  • 1 keping asam gelugor
  • 1 biji lada merah
  • 2-3 biji cili api (kalau nak rasa kuah pedas-pedas)
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya
  • 1 sudu kecil gula


Cara-cara:
  1. Sediakan periuk atas api yang sederhana. Masukkan bahan-bahan kisar (bawang, kunyit) bersama-sama santan. 
  2. Selepas itu masukkan daun kunyit, serai serta asam gelugor. Kacau sehingga mendidih.
  3. Kecilkan api, dan masukkan telur yang dipecahkan satu persatu (seboleh-bolehnya pecahkan dalam cawan dahulu takot terkena telur busuk, hati-hati yer..nanti 1 periuk tak boleh makan).
  4. Biarkan telur masak dan kacau perlahan-lahan supaya telur tidak hancur.
  5. Kalau nak masukkan cili api boleh ketuk-ketuk dan masukkan. 
  6. Masukkan garam dan serbuk perasa secukupnya. Tambahkan 1 sudu kecil gula untuk seimbangkan rasa. Bila dah masak boleh padamkan api.
  7. Hiaskan dengan lada merah besar. Siap dan sedia dihidangkan. 


Kalau kat Kelantan makan nasi dengan gulai telur ni dah memadai, tapi kalau ada ulam-ulam bersama budu lagi la sedap. Ada juga sesetengah orang Kelantan masak telur masak lemak ni dengan masukkan terus sedikit budu. Kasi 'terangkap kuah'. Memang sedap..=)
 

Selamat mencuba yer....=)





2 comments:

  1. Masak lomak telur itik my fav...Boleh mkn smpai juling mata..@_@ hehe salam singgah..

    ReplyDelete

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...