Genius aulad


Followers

Tuesday, September 8, 2015

Trip ke Cameron Highland Pengalaman yang Menyeronokkan.

24 April 2015 yang lepas kami berpeluang untuk mengikuti trip ke Cameron Highland bersama lebih kurang 30 peserta termasuk teachers dan family. Ida bersama husband dan Afif juga tak lepaskan peluang untuk ke sana. Kami pergi sedikit awal dari tarikh yang dirancangkan iaitu pada 1 Mei 2015, cuti umum labor day. Memandangkan hari tersebut banyak homestay yang fully booked, so terpaksalah kami awalkan tarikh trip tersebut. 

Apa yang paling best apabila kami sememangnya sudah lama merancang untuk pergi bercuti. Pada mulanya, destinasi pilihan adalah untuk ke Pulau Perhentian, tapi terpaksa dibatalkan setelah mendapat banyak request untuk ke Cameron Highland. InsyaAllah, Pulau Perhentian untuk next trip pulak :-).

Seawal jam 8.00 pagi kami berkumpul dan memulakan perjalanan jam 8.30 pagi sebagaimana yang dijadualkan. Perjalanan kami melibatkan 5 buah kereta. Perjalanan dari Kubang Kerian, Kelantan mengambil masa lebih kurang 5 jam untuk ke sana. Setibanya di Gua Musang lebih kurang jam 11.30 pagi kami berhenti rehat dan makan seketika. Kat sini kami lunch dengan nasi ayam madu. Boleh tahan sedap :-)

Selesai lunch kami meneruskan perjalanan yang masih berbaki lebih kurang 2 jam. Tidak jauh lari dari jadual yang ditetapkan finally kami tiba ke sana kira-kira jam 2.30 ptg. Perasaan melonjak gembira tak sabar untuk ke ladang teh di Tanah Tinggi Cameron Highland. Bukan ladang teh sahaja tempat yang menarik di sini tau. Terdapat banyak lagi tempat-tempat lain yang menarik yang tetdapat di sini. Nak tahu? Jom ikuti tempat-tempat menarik yang sempat kami lawati sepanjang kami di sana.

BOH Plantation.

Selain dari ladang teh Bharat, BOH Plantation juga merupakan tempat yang sering menjadi tarikan pengunjung. Ianya terletak di Tanah Rata, Cameron Highland. Kami memilih untuk ke BOH Plantation kerana ianya lebih dekat memandangkan kami tiba dari arah Gua Musang. Jalan untuk ke sana agak bersimpang siur sedikit, so kene berhati-hati. Setibanya di sana MasyaAllah.....sejuknya mata memandang kehijauan ladang-ladang teh yang terbentang luas.



Selesai sahaja meletakkan kenderaan di tempat yang disediakan kami terus menuju ke cafe yang terletak kawasan tinggi di situ. Cafe ini menyediakan pelbagai jenis minuman berasaskan teh dan juga minuman-minuman lain. Sesuai dengan suasana dingin, kami juga tidak mahu melepaskan peluang untuk menikmati minuman teh panas-panas dari tanah tinggi ini. Terasa lain dari teh yang biasa di minum di rumah. Alhamdulillah...sedap dan memang terasa nikmat teh yang sebenar. Di tambah pula dengan rasa cheese cake yang kami makan ni...eerrmm sedap betul!! 



Sambil makan tak ketinggalan juga untuk mengambil gambar berlatar belakangkan ladang teh yang mempesonakan pandangan. Selesai makan dan minum kami juga berkesempatan untuk membeli pelbagai jenis teh yang dijual di kedai berhampiran sebagai buah tangan. Di sini juga ada di sediakan sebuah bilik tayangan bagi pengunjung untuk mendapatkan maklumat serta informasi mengenai ladang teh tersebut. Barang-barang serta mesin-mesin antik dalam proses penyediaan teh juga dijadikan bahan pameran untuk pengunjung yang datang. 

Selesai bergambar, menikmati suasana di ladang teh kami terus ke destinasi seterusnya iaitu Lavender Garden memandangkan masa tak mengizinkan kami berada lebih lama di sini.

Lavender Garden.

Lavender Garden merupakan tempat yang paling best. Kalau ke Cameron Highland tak sah rasanya kalau tak ke sini. Terletak di tengah-tengah perjalan ke Tanah Rata, sesuai dengan namanya "taman bunga ungu", tempat ini sangat cantik dan penuh dengan suasana romantis. Dihiasi dengan tanaman pelbagai jenis bunga-bungaan terutanya bunga yang berwarna ungu.



Tiket masuk untuk ke sini adalah RM6/seorang dewasa manakala percuma bagi kanak-kanak.




Subhanallah....terpegun melihat keindahan taburan bunga-bungaan di sini. Cantik sangat. Pelbagai booth-jualan tetdapat sini termasuklah doorgift, makanan dan juga minuman. Terliur untuk menikmati sendiri icecream strawberry yang sememangnya nampak mengiurkan.




Tak puas berada di sini, rasanya macam masa yang diberikan tak cukup untuk kami. Tapi memandangkan banyak lagi aktiviti lain yang terpaksa diteruskan, kami terpaksa beredar dari situ.


Ladang Strawberry (Homestay).

Sejurus selepas itu kami terus untuk ke ladang strawberi di mana tempat penginapan @ homestay kami di dalam ladang strawbery tersebut. Wahhhh...bestnya..Teruja untuk ke sana pula.

Setelah hampir jam 6.30 petang kami tiba ke sana untuk berehat, solat dan bersedia untuk aktiviti BBQ pada malam tersebut.

Sambil-sambil makan terhibur juga dengan persembahan-persembahan oleh teachers. Kami dikehendaki mempersembahkan lagu-lagu yang direka sendiri untuk anak-anak tadika nanti..:-) Apapun tahniah untuk team yang menang persembahan terbaik serta yang menang cabutan bertuah.


25 April 2015, keesokan harinya seawal pagi lagi kami memulakan aktiviti senaman pagi sebelum meneruskan aktiviti mini jungle tracking. Aktiviti ini adalah menerusi track beberapa kilometer merentasi hutan kecil yang membolehkan kami menikmati kedinginan pagi tersebut sambil menghirup udara segar serta melihat keindahan alam ciptaan-Nya.


Selesai aktiviti jungle tracking kami terus bersarapan dengan hidangan breakfast yang sudah disediakan oleh pihak homestay. 

Tak sabar untuk meneruskan perjalanan untuk ke destinasi seterusnya, kami terus berkemas dan check out.

Destinasi seterusnya ialah ke MARDI, iaitu destinasi terakhir sebelum masing-masing beredar menuruskan perjalanan samaada untuk pulang atau sebaliknya.



Di sini juga merupakan tempat yang menarik untuk dilawati. Di sini terdapat pelbagai tanam-tanaman seperti sayur-sayuran, bunga-bungaan dan juga buah-buahan.



Secara keseluruhannya trip pada kali ini memang menyeronokkan walaupun masing-masing agak penat :-) Sebelum pulang kami sempat singgah membeli belah sedikit souvenir untuk dibawa pulang. Tidak ketinggalan jagung madu, fresh strawberries, asam buah-buahan serta macam-macam lagi.

Hopefully this unforgettable and best moments menjadi kenangan manis buat semua. Terima kasih untuk pengusaha kami a.k.a bos kami yang baik hati sponsor big part for this trip. Alhamdulillah...:-)






7 comments:

  1. Best tu. abam dah 2 kali ke sana. nanti 2-3 thn pasti ke sana lagi..

    ReplyDelete
  2. wahh sonoknyer uools gi cameron tuuu., hehe2

    ReplyDelete
  3. Lama tak gi cameron.... en.suami asyik bz jer..teringin nak bawak kembar gi sana..si aong dah merasa adik2 lum lagi...

    ReplyDelete
  4. Best kan Cameron, dan tak akan pernah jemu untuk naik ke sana lagi :)

    Mj dari tahun 2011 sehingga sekarang tak pernah miss dalam setahun tu wajib p :)

    ReplyDelete
  5. Wahh bestnya.. last pergi cameron tahun 2010 tak salah. Bulan depan insyaAllah nak pergi lagi. Tak sabar!

    ReplyDelete

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...