Dah lama tak buat ketupat sotong ni. Sempena menu berbuka, minggu lepas Ida buatkan ketupat sotong. Terlebih rajin pulak time ni, saja buatkan menu extra untuk dimakan time suami balik terawih.
Bahan-bahan:
- 10 ekor sotong sederhana besar (lebih pun tak pe..)
- Secawan beras pulut
- 2 cawan santan
- 1 sudu kecik halba
- 1-2 keping gula melaka
- Garam dan gula secukup rasa
- Lidi/penyungkil gigi
Cara-cara:
1. Bersihkan sotong. (buang dakwat hitam, sesungut & tulang sotong) betol ke istilah ni. hemtam je yer..hehe..
2. Beras pulut dibasuh dan rendam ngan sedikit santan dalam sejam dua.
3. Sediakan periuk yang di alaskan dengan daun pandan.
5. Masak atas api. Masukkan santan, halba, halia, secubit garam, gula melaka (ore kelate panggil nise..:p). Jika kurang manis boleh tambah gula.
6. Biarkan kuah santan pekat-pekat sedikit. Tapi suami Ida suka kuah banyak. Nanti boleh makan dengan pulut yang ditanak asing.
7. Agak-agak sotong masak dah perut sotong pun dah kembung, boleh angkat.
No comments:
Post a Comment
NOTE:
Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)