Genius aulad


Followers

Wednesday, July 24, 2013

Resepi Daging Masak Kicap

Boring dengan masak lemak, kali ini Ida nak share daging masak kicap yang simple ni.  Tapi kalau daging, ni masak macam mana pun memang sedap sebab air daging tu sendiri sedap. Nak-nak daging yang segar tu. Orang cakap terasa manis-manis air daging, tak kira la buat sup ke, masak lemak ke..Ni nak bagitahu walaupun hanya masak kicap jer, tetap sedap ler..:).



Bahan-bahan:
  • 250gram daging lembu
  • 1/2 cawan kicap manis (kipas udang)
  • garam, gula dan bahan perasa secukupnya
  •  2 ulas bawang putih (dikisar)
  •  3 ulas bawang merah (dikisar)
  • 2 biji lada kering (dikisar)
  • 1/2 inch halia (dikisar)
  • 2-3 biji cili merah
  • Air secukupnya


Cara-cara:

  1. Hiris daging menjadi kepingan kecil, bilas dan bersihkan, pastu toskan.
  2. Letakkan daging lembu dalam bekas dan masukkan kicap manis.
  3. Panaskan minyak untuk tumis bahan yang telah dikisar sehingga naik bau.
  4. Masukkan daging, air secukupnya untuk kuah dan biarkan sehingga empuk.
  5. Kemudian masukkan garam, gula dan serbuk perasa.
  6. Dah masak, padam api. Boleh la dihidang.







No comments:

Post a Comment

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...