Genius aulad


Followers

Wednesday, July 24, 2013

Resepi Ikan Pari Bakar Tawar & Air Asam

Salam...

Di bulan puasa yang mulia ni, salah satu menu berbuka Ida dan keluarga yang tak pernah mis ialah ikan pari bakar cicah dengan air asam. Huhhh...sedap ikan bakar ni.kan..kan.. Nak bakar ikan pun senang je..Bakar tawar je. Sume orang boleh buat.




Ikan Pari Bakar
Bahan-bahan:
  • 2 ekor ikan pari - dipotong/dibelah dua
  • Asam Jawa - untuk lumur 

Cara-cara: 

  1. Ikan pari dicuci bersih. Untuk hilangkan bau hanyir ikan, lumurkan dengan asam jawa. Toskan.
  2. Bakar ikan pari sehingga masak
  3. Siap... (enak dicicah bersama air asam jawa)

Air Asam 

Bahan-bahan :
  • 3 biji cili padi - dipotong halus
  • 1 labu bawang merah/besar - dipotong halus
  • Sedikit belacan  (nak sedap bakar dulu belacan ni)
  • Sedikit asam Jawa
  • Air 
  • Gula
  • Garam

Cara-cara: 

  1. Masukkan cili padi, bawang yang telah dipotong halus ke dalam mangkuk.
  2. Masukkan belacan, gula & garam sesedap rasa.
  3. Perah asam jawa bersama sedikit air, buang biji asam.
  4. Gaul bagi rata.
  5. Siap..:)







No comments:

Post a Comment

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...