Genius aulad


Followers

Wednesday, July 24, 2013

Resepi Kerabu Ikan Bilis

Kerabu ikan bilis ni juga merupakan salah satu menu kegemaran seisi keluarga. Macam kerabu-kerabu yang sebelum ni jugak. Kalau makan nasi kat kedai-kedai seafood, normally mesti order tomyam+kerabu bilis+telur dadar, tak pun sup+kerabu bilis+telur dadar. Bila kat rumah husband request yang sama. So, Ida buatkan la. Nak cuba? Jom, follow resepi kerabu ikan bilis Ida..:)


Bahan-bahan:
  • Segenggam ikan bilis (digoreng)
  • 2-3 batang kacang panjang (hiris)
  • 2 biji tomato - buang empulurnya n dihiris dadu
  • 1-2 helai kubis putih-dihiris
  • Sedikit hirisan bunga kantan - dihiris
  • 1 btg serai - dihiris
  • 1 biji bawang merah - dihiris
  • 1/2 biji bawang besar - dihiris
  • 3-4 biji cili padi merah - dihiris
  • sedikit garam
  • sedikit gula
  • jus lemon / limau nipis/ limau kasturi


Cara-cara:

  1. Hiriskan semua bahan kerabu. Kemudian gaulkan semua bahan tersebut. 
  2. Tambah garam, gula dan secukup rasa . 
  3. Perahkan jus limau kasturi.
  4. Ikan bilis yang digoreng digaulkan panas-panas dengan bahan-bahan tadi.
  5. Dah siap! bleh la dihidang...Sedap makan panas-panas. "Krup-krup"..time ikan bilis ni rapuh.



*Kalau nak simpan, selalunya Ida akan asingkan ikan bilis dengan kerabu. sebab nanti ikan bilis jadi lembik dan tak rapuh.




No comments:

Post a Comment

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...