Salam Ramadan,
Kali ni Ida nak share salah satu resepi berbuka untuk hari ni iaitu kerabu kancang panjang dengan taugeh ni. Kalau bulan-bulan puasa cam ni tak sah kalau buat kerabu. Mesti buat untuk menu selingan disamping menu-menu utama yang lain.
Okey..resepinya senang je. Tapi part yang malas sket nak kena potong nipis sume bahan...huhh...penat.
Bahan-bahan:
Hiris:
- 4-5 batang kacang panjang
- Segengam taugeh
- 1/2 batang bunga kantan
- 2-3 helai kubis putih
- 3-4 biji cili merah
- 1 batang serai
- 1 ulas bawang merah
- 1 ulas bawang besar
Gaul:
- 1@2 sudu kerisik (kelapa goreng dan ditumbuk)
- 1 ekor ikan rebus (ditumbuk)
- 2-3 sudu jus limau nipis
- Gula, garam, secukup rasa
Cara-cara:
- Hiris nipis-nipis kesemua bahan kerabu kecuali taugeh tak perlu hiris.
- Gaulkan kesemua bahan-bahan yang dihiris.
3. Siap. Sedia dihidang.
No comments:
Post a Comment
NOTE:
Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)