Dalam banyak-banyak resepi, ada satu nak share resepi untuk baby. Asyik resepi mama dan papa je, kali ni Ida nak share salah satu resepi bubur nasi untuk my baby boy. Resepi ni sesuai untuk baby yang berumur 7-8 bulan ke atas. Sebelum ni asyik bagi nestum je. Bila rase dia dah boleh makan benda lain, tu yang Ida try buat bubur ni. Alhamdulillah anak Ida makan.:)
Cara nak buat bubur ni senang je. Kalau nak cuba boleh la..
Bahan-bahan:
- Segengam Beras (basuh, direndam supaya lembut dan tumbuk halus)
- Lobak merah
- Isi ayam
- Air secukupnya
- Sedikit gula (jika suka)
Cara-cara:
- Masak beras yang ditumbuk dengan air.
- Biarkan mendidih dan biarkan nasi lembut.
- Masukkan isi ayam dan lobak merah (di blend terlebih dahulu).
- Tambahkan sedikit gula (baby salalunya suka manis).
- Rasa. Sedap? Boleh padam api dan sejukkan.
*Note:
- Beras direndam supaya senang ditumbuk dan senang masak. Tak perlu masak lama untuk nasi lembut dan lembik. Lain orang lain caranya, kalau selesa dengan cara ni boleh la cuba yer.
No comments:
Post a Comment
NOTE:
Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)