Genius aulad


Followers

Wednesday, July 24, 2013

Resepi Kari Ayam

Kari memang masakan yang popular di Malaysia ni kan. Menu kari ni menu wajib kat restoran-restoran mamak. Sape-sape yang pernah makan kat restoran mamak ni memang dapat bayangkan rasa kari ni. Kali ni Ida akan selongkar resepi kari ayam. Pernah tengok dulu-dulu mak Ida buat. Resepi turun temurun neh..:p


Bahan-bahan:
  • 1/2 ekor ayam
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1/2 inch halia
  • 1/2 inch lengkuas
  • 1/2 inch kunyit hidup
  • 3 biji cili kering
  • Sedikit bunga lawang, kayu manis, bunga cengkih
  • 2 biji kentang dibelah 4@6
  • 1/2 paket serbuk kari
  • 4 cawan santan
  • 1 dahan daun kari
  • 1 keping asam keping (asam gelugor)
  • Garam, gula dan secukup rasa
  • Sedikit minyak utk menumis

Cara-cara:

  1. Potong dan bersihkan ayam. Toskan
  2. Panaskan sedikit minyak untuk menumis bawang kecil, bawang putih, cili kering, kunyit, halia dan lengkuas yang telah di blendkan terlebih dahulu. 
  3. Tumis sekali dengan daun kari, bunga lawang, kayu manis, bunga cengkih.
  4. Masukkan serbuk kari yang dibancuh dengan sedikit air dan kacau sehingga naik bau dan biar kan ia 'pecah minyak'.
  5. Selepas itu, masukkan ayam dan santan. Biarkan mendidih seketika. 
  6. Masukkan ubi kentang, garam, gula, secukup rasa dan asam keping. Kacau sebati. 
  7. Bila dah mendidih boleh la kecilkan api dan tutup periuk, biar 10 minit supaya ayam dan ubi kentang betul-betul empuk.
  8. Bila dah masak angkat dan boleh dihidangkan.


* Dulu tengok mak gunakan serbuk kari cap orang terbang. Sekarang Ida gunakan serbuk kari Adabi sebab susah nak cari dah serbuk kari cap orang terbang tuh...hihi... 




No comments:

Post a Comment

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...