Genius aulad


Followers

Wednesday, July 24, 2013

Resepi Acar Timun

Salam..

Kali ni Ida nak share resepi acar timun yang simple ni. Mudah je kalau nak cuba. Rasanya semua orang tahu buat kot. K la...Jom, geledah resepi Ida buat semalam ni..:)



Bahan-bahan:
  • 1 batang timun
  • 1 batang lobak merah
  • 2 helai kubis
  • 2 ulas bawang merah
  • 1/2 bawang besar
  • 2 biji cili merah
  • 3 sudu besar cuka
  • Garam
  • Gula

Cara-cara:
  1. Potong memanjang lobak merah dan timun.
  2. Hiris halus kubis dan lada merah. 
  3. Masukkan bawang yang di mayang halus ke dalam cuka. Tambah sedikit gula, garam. Kacau sehingga bahan-bahan larut sebati dalam cuka. 
  4. Gaulkan sumua bahan-bahan hiris tadi dengan bancuhan cuka tadi. 
  5. Siap. Senangkan..:)


* Buang biji timun yang tengah tu, untuk elak acar terlalu berair. 

No comments:

Post a Comment

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...