Sekarang ni memang musim drama bersiri best-best. Apa nak buat, Ida pun turut tumpang sekaki...tercongok depan tv nak menonton episod demi episod cerita yang ditayangkan.hehe...Bukan apa, sambil-sambil tengok, sambil-sambil layan kerenah anak bujang sorang tu bermain (Afif). Apa orang kata time ni la nak merapatkan hubungan anak dan ibubapa. Betul tak..Positive thinking okey..=)
So, dari hari ke hari, tak sabar pulak nak tahu ending cerita Romi Cinta Julia ni. Rata-rata sinopsis yang Ida tengok semuanya sekerat je. Nak tahu sinopsis penuh kene la tengok cerita ni sehingga ke episod akhir, kan?
Cerita ni best jugak la bagi Ida. Drama 13 episod ini mula bersiaran 27 Februari 2014 yang lepas dan ditayangkan setiap hari Khamis, Jam 9:00 malam, di Slot Lestary TV3. Ia merupakan sebuah drama arahan Kas Roshan dan dibintangi pelakon-pelakon seperti Syarul Ridzwan, Aisya Hasnaa, Aidil Aziz, Leez AF4 dan dibantu oleh Isma Daniel, Aida Aris, Mahmud Ali Basha, Mia Ahmad, Maria Farida ramai lagi.
Sekarang ini lagu tema drama ini (Wanita Sempurna dinyanyikan oleh Ning Baizura) sudah mendapat tempat dikalangan peminat-peminat drama bersiri ini.
Apapun jom layan sinopsis drama ni..=0