Kerang rebus merupakan salah satu menu wajib time bulan puasa kiteorang. Sedap dimakan lepas balik terawih.
Tapi kali ni, bukan time bulan puasa, time tak puasa pun terliur nak makan kerang rebus. Mana taknya, tengok kerang besar-besar kat pasar. Apa lagi, terus beli 1kg 4 ringgit. hehe...Cukup la, makan berdua dengan suami. Afif kecik lagi tak boleh makan kerang.
Senang jer nak rebus kerang ni. Orang kata campak-campak je, tak susah. Tapi perlu ingat petua rebus kerang dari en.suami yang selalu pesan "kerang tu jangan rebus lama-lama, tak sedap". hehe...
Bagi peminat seafood seperti kerang ni, mesti la tahu khasiat kerang ni kan. Sesetengah orang masak kerang dengan hanya mencelurkannya sahaja. Pastu, terus angkat. Ini adalah untuk memastikan rasa manis serta khasiat isi kerang dapat dinikmati sewaktu kita makan kerang tersebut.
Macam mana rebus kerang? Jom tengok resepi ni.