Sehari sebelum kami bertolak ke Bandung (14 Feb 2014), husband demam secara tiba-tiba. Risau dibuatnya sebab rasanya ini la kali pertama dia demam teruk selepas kahwin. Selepas pergi ke klinik doktor ada memberikannya ubat demam, antibiotik dan beberapa jenis ubat lain. Nasihat doktor supaya berjumpanya semula jika demam tidak sembuh dan berlarutan selama 3 hari.
Bila berada di Bandung, Ida pulak yang rasa badan ni lenguh-lenguh semacam dan sakit-sakit badan. Ingatkan sebab penat semasa travel jauh. Nasib baik bekalan ubat memang banyak dibawa, memandangkan husband memang demam.
Selepas 4 hari, 3 malam bercuti di Bandung, Indonesia kami pulang ke Malaysia. Keadaan husband makin teruk, sekali lagi dia berjumpa doktor di klinik yang sama. Doktor suspect, husband Ida terkena demam denggi memandangkan tanda-tanda dan bintik-bintik merah sudah mulai keluar dari badan. Doktor terpaksa memeriksa darah husband terlebih dahulu, sebelum mengesahkan husband Ida terkena jangkitan demam denggi. Ternyata ujian darah positif menunjukkan dia demam denggi tahap merbahaya. Doktor mengeluarkan surat untuk dimasukkan ke wad hospital dengan segera.