Genius aulad


Followers

Monday, August 19, 2013

Resepi Kerabu Timun Batang

Salam...

Bertemu lagi yer..:p Kali ni Ida nak share salah satu kerabu timun. Resepi ni dari mak ida. Teringat air tangan mak pulak. Sedap..hehe...


Bahan-bahan

  • 2 ekor ikan selayang ( boleh je guna ikan ape2 pun)
  • 2 batang timun
  • 3 ulas bawang merah besar
  • 5-7 biji lada hitam
  • 1 biji lada merah
  • 1/2 cawan santan
  • sedikit garam
  • gula secukup rasa

Cara-cara:

  1. Ikan direbus dan diasingkan isi dengan tulangnya.
  2. Tumbuk 2 ulas bawang merah dan lada hitam sehingga lumat. Lebihan bawang boleh dihiris bulat kasar-kasar.
  3. Kemudian masukkan garam dan gula.
  4. Masukkan ikan yang telah diasingkan tulang dan tumbuk sehingga semuanya sebati.
  5. Timun dicincang atau potong dadu kecil-kecil.
  6. Gaulkan bahan yang ditumbuk tadi bersama timun dan juga bawang yang dihiris kasar tadi serta lada yang dipotong.
  7. Tambahkan sedikit santan. (Jangan terlalu banyak, sebab nanti terlalu berair)
  8. Dah siap. Sedia dihidang. 



* Nak sedap ikan tu boleh juga dibakar selain direbus.
* Kalau tak nak guna santan mentah, santan tu dimasak seketika dengan api yg sederhana. Mak ida, selalu masak dahulu santan tu. hehe...



No comments:

Post a Comment

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...