Genius aulad


Followers

Friday, August 30, 2013

Berbuka Puasa di Flaming Steamboat Buffet

Salam..

Baru jumpa photo-photo time berbuka puasa hari tu. Dah basi dah.hehe...Maklumlah, bukan full time meng'upload', jadi ambil masa la sket.huhu...Okey..kisah yang menarik jugak dalam bulan puasa lepas, Ida satu keluarga sempat berbuka puasa bersama-sama dengan ofismate husband. 

Sumber: Flaming Steaboat All You Can Eat Buffet


Dioarang ajak berbuka puasa ramai-ramai dekat Flaming Steamboat Buffet, Setapak. Katanya kat sini boleh makan sampai kenyang.hehe...Ramai jugak yang join dalam 30 orang. Tapi malangnya gambar dorang tak de la pulak. Time nak berbuka, gambar no. dua, yang penting semua makanan terhidang. 


Kat sini, tedapat pelbagai jenis hidangan seafood yang di gabungkan dengan makanan-makan lain seperti chocolate fondue, sayur-sayuran, ice-cream, dessert dan banyak lagi. Banyak sangat nak tulis. Tak pe la, nanti boleh tengok sendiri menu dia ya. Segala pilihan seafood, boleh di 'stim' bersama sup ayam dan tomyam. Ha...sedap nyer...



Di sini juga tersedia tempat untuk solat. Jadi, tak perlu risau kalau datang sini untuk solat dulu, kemudian sambung makan balik.hehe...tapi time berbuka hari tuh, ramai sangat la orang..penuh..sesak.huh..

Ok, bab harga pulak..rasanya berbaloi kot, RM 26.90 (dewasa), RM9.90 (kanak-kanak) tak termasuk 5% service charge, dan Percuma untuk kanak-kanak 3 tahun ke bawah. Boleh la kan..:)

Untuk dak kecik ni Free je, sebab dia tak makan pun. Main je lebih.hehehe..

Anyway, bagi peminat-peminat steamboat boleh la cuba sendiri di Flaming Steamboat (cawangan Setapak) ni.

No. 66-0 & 68-0, 
Platinum Walk, 
No2, Jalan Langkawi, 
Danau Kota, 
53300 Setapak, 
Kuala Lumpur 

(Sebelah EON Bank / Old Town White Coffee) 


Dibuka pada:
5pm - 12midnight setiap hari

Sebarang pertanyaan boleh la contact no fon ni: 
03-4142 3144
017-7077 300  atau email

atau boleh terus ke web Flaming Steamboat Buffet

Hmm..ok..Consider boleh pergi lagi kat sini, tapi selain untuk berbuka. Faham-faham la, pergi time peak hour camtu terlalu crowded, mane nak berbuka, mana nak solat magrib. So, nanti nak try hari-hari biasa pulak. 



No comments:

Post a Comment

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...