Genius aulad


Followers

Monday, August 19, 2013

Nasi Goreng Lada Hitam Ayam Goreng

Salam,

Tekak ni rasa nak makan nasi goreng la.hehe...Kali ini Ida nak kongsikan menu serba ringkas iaitu nasi goreng lada hitam. Selalu kalau kat kedai request nak makan nasi goreng blackpaper. Ha, kali ni nasi goreng blackpaper dari dapur Ida sendiri. 




Bahan-bahan:

  • 3-4 cawan nasi
  • 1 sudu kecil lada hitam - ditumbuk
  • 2 ulas bawang merah- ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih- ditumbuk 
  • 1-3 tangkai cili merah-diketuk
  • Kicap secukupnya
  • 2 sudu sos tiram
  • 1 biji telur
  • Sedikit kubis 
  • sedikit hirisan lobak merah
  • garam dan perasa secukupnya
  • minyak secukupnya untuk menumis


Cara-cara:
  1. Panaskan sedikit minyak. Tumis semua bahan-bahan yang ditumbuk sehingga naik bau. (bau lada hitam naik semerbak.huhu...)
  2. Masukkan sos tiram, kicap, cili padi yang diketuk. Kacaukan.
  3. Tambah garam dan secukup rasa.
  4. Pecahkan telur dan kacau lagi.
  5. Masukkan kubis yang dipotong. Biarkan seketika.
  6. Masukkan nasi putih yang dileraikan. Gaul sebati dengan semua bahan tadi.
  7. Bila semua dah sebati boleh padam api. Hidangkan. Hias dengan carrot yang dihiris halus. 


* Hidangkan dengan ayam goreng tepung dan papadom.
* Sedap dimakan dengan sos cili.




No comments:

Post a Comment

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...