Genius aulad


Followers

Monday, August 19, 2013

Resepi Ayam Percik Kelantan

Bersua lagi dengan resepi yang Ida bawakan hari ni iaitu resepi ayam percik Kelantan. Ida masak ayam percik ni untuk resepi berbuka hari tu. 

Tengok kat pasar ramadan macam-macam jenis ayam percik ada jual. Terliur plak nak masak sendiri. Tapi ayam percik yang Ida buat ni, berkuah putih. Selalunya ayam percik Kelantan kuahnya bewarna putih.

Ok..jom memasak bersama k..:)


Bahan-bahan:

Ayam Panggang
  • 4 bahagian peha dan 'thigh' ayam
  • 1/2 inci halia (kisar)
  • Sedikit serbuk kunyit (kisar)
  • 1 ulas bawang putih (kisar)
  • 1 batang serai (kisar)
  • Sedikit garam
  • Sedikit serbuk perasa
Kuah percik
  • 2 cawan santan 
  • 1/2 inci halia (dikisar)
  • 1 batang serai (dititik)
  • 5 biji bawang merah (kisar)
  • 1/2 ulas bawang putih (kisar)
  • 2 sudu teh gula 
  • 1 asam keping/asam jawa
  • Sedikit tepung jagung
  • Sedikit garam
  • Secukup rasa

Cara-cara:

  1. Perap ayam dengan halia, bawang putih, serai yang dikisar dengan sedikit garam, gula dan secukup rasa.
  2. Bakar ayam dalam pemangang.
  3. Sementara itu, kisar halia, serai, bawang merah dan bawang putih.
  4. Tumiskan bahan yang telah dikisar
  5. Masukkan santan dan biarkan mendidih. 
  6. Masukkan asam keping, sedikit garam, gula dan secukup rasa.
  7. Masukkan bancuhan tepung jagung dengan sedikit air. Biarkan mendidih lagi sehingga kuah agak pekat sedikit.
  8. Sapukan kuah pada ayam, dan panggang seketika.
  9. Setelah ayam masak bolehlah angkat, dan disapukan dengan lebihan kuah
  10. Dah siap, boleh dihidangkan.





No comments:

Post a Comment

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...