Salam u all..
Belum habis lagi update pasal biskut raya ni.hehe....kali ni Ida nak share resepi biskut arab atau pun dikenali juga dengan biskut suji yang Ida buat time raya hari tu. Ida buat semuanya resepi yang senang-senang.hehe...macam biskut arab ni lah, senang je cara nak membuatnya. Okeh..jom kita tengok resepi biskut arab a.k.a biskut suji ni pula:)
Bahan-bahan:
- 500 gram minyak sapi
- 1 kg tepung gandum
- 200 gram gula halus
- 5-6 biji buah ceri hijau/merah
Cara-cara:
- Tepung gandum diayak terlebih dahulu.
- Gaulkan minyak sapi bersama tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga sebati.
- Masukkan gula kedalam adunan tadi. Gaul sekata sehingga adunan lembut dan tidak pecah. Kalau terasa agak lembik boleh tambah gandum.
- Kemudian adunan tadi digentel bulat-bulat dalam saiz sebesar ibu jari sehingga habis adunan. (saiz akan bertambah besar sedikit apabila siap dibakar).
5. Hias dengan buah ceri yang dipotong kecil.
6. Selepas itu, masukan dalam ketuhar.
Bakar pada suhu 180 darjah celcius lebih kurang 18-20 minit.
Bakar pada suhu 180 darjah celcius lebih kurang 18-20 minit.
No comments:
Post a Comment
NOTE:
Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)