Genius aulad


Followers

Tuesday, August 20, 2013

Ikan Kerapu Masak 3 Rasa

Salam u all...

Ini pula cerita time Ida kat rumah mertua. Ada seekor ikan ni dalam peti ais. Mula-mula tak kenal ikan ape ni, tapi kakak ipar yang beritahu, "ini la ikan kerapu". hehe....Satu nama ikan lagi yang Ida kenal. Maklum la baru nak menghafal nama-nama ikan.hehe... Besar ikan ni, nak masak ape? En. husband tolong google kan, katanya ikan kerapu ni sedap masak 3 rasa. Ok..nasib baik ilmu masak ikan siakap 3 rasa dah ada, cuma yang ni guna ikan kerapu. Jom tengok resepi ikan kerapu 3 rasa ni. Resepinya lebih kurang sama dengan resepi ikan siakap 3 rasa, cuma ikan je yang berbeza.


Ini lah ikan kerapu..Ooooo...ikan kerapu..:)

Bahan-bahan:
  • Minyak masak (untuk menggoreng dan menumis)
  • 1 ekor ikan kerapu (kerat 2, besar sangat)
  • 2 inci halia(dicingcang halus)
  • 2 biji bwg putih (dicingcang halus)
  • 1 bji bwg besar(dipotong dadu kecil)
  • 5 biji cili api(dihiris halus)
  • 1 biji tomato(dibuang biji dan dipotong dadu kecil)
  • Sedikit nenas(dipotong dadu kecil)
  • Sedikit carrot (potong dadu)*jika mahu
  • 3 sudu besar lada kering (yg sudah kisar)
  • 3 sudu besar sos cili 
  • 2 sudu besar sos tomato 
  • 1 sudu sos tiram
  • Sedikit garam
  • 2-3 sudu gula
  • 1 sudu kecil asam jawa Adabi
  • Serbuk perasa secukupnya
  • Sedikit air
  • 2 helai daun limau purut

Cara-cara

  1. Ikan diperap dengan sedikit garam, kunyit, halia, serbuk perasa yang ditumbuk. Goreng ikan terlebih dahulu dan ketepikan.
  2. Untuk sos pula, panaskan minyak. Tumis bawang putih, bawang besar, cili padi, cili giling/lada kering kisar dan halia sampai naik bau.
  3. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, asam jawa, gula, dan sedikit air.
  4. Masukan juga garam dan serbuk perasa secukupnya.
  5. Apabila mendidih, masukkn tomato, nenas, carrot, cili api dan daun limau purut.
  6. Biarkan seketika dan padamkan api.
  7. Lastly, curahkan sos 3 rasa tadi ke atas ikan yang digoreng tadi. 
  8. Siap. Sedia dihidang. 













No comments:

Post a Comment

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...