Hidangan mudah dan simple untuk telur puyuh iaitu telur puyuh masak merah atau husband selalu panggil sambal telur puyuh.
Semestinya kalau masakan yang bertumis-tumis ni menjadi kegemaran. Resepi mudah dan cepat hasil anak-anak yang tolong. Seronok dorang nak tolong mama masak.. =)
Jom layan resepi masak merah telur puyuh ni...
Bahan-bahan:
- 20 Biji Telur Puyuh (rebus dan kupas kulitnya)
- 1 sudu kecil Jus Asam Jawa
- 5 sudu besar Cili Kisar
- 1 biji Bawang Besar (dihiris)
- Garam dan Gula (secukup rasa)
Bahan-bahan kisar:
- 4 ulas Bawang Merah
- 2 ulas Bawang Putih
- 1/2 inci belacan
Cara-cara:
- Telur puyuh yang telah direbus tadi digoreng hingga kuning sedikit, angkat dan toskan.
- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan-bahan kisar hingga naik wangi, masukkan cili kisar dan masak hingga pecah minyak, guna api sederhana dan kacau sentiasa.
- Masukkan air asam jawa dan tambah garam dan gula secukup rasa. Jika suka boleh masukkan serbuk perasa sikit. Masak hingga pekat.
- Tambah bawang besar dan telur puyuh yang sudah digoreng. Gaul rata, biar hingga bawang layu. Rasa dan jika rasanya ok bolehlah padamkan api & hidang.
- Selamat mencuba =)
No comments:
Post a Comment
NOTE:
Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)