Genius aulad


Followers

Friday, June 28, 2013

Resepi Sambal Bilis Petai

Sambal petai ni juga merupakan favorite husband. Nak-nak tumis dan tambah dengan petai. Resepi saya ni ringkas je. Mungkin orang lain, ada cara yang tersendiri. Untuk sambal bilis ni, saya sengaja perbanyakkan tumisnya, suami suka gaul dengan nasi. Ada sambal tumis ni, tak pandang dah yang lain. Hehehe...

Bahan-bahan

  • 1 mangkuk kecil ikan bilis (bersihkan dan tos)
  • 1/2 cawan cili kisar
  • 3 papan petai, ambik isinya (saya gemar letak bersama kulitnya)
  • 1 biji bawang besar, hiris
  • 1 sudu asam jawa
  • Secukup rasa 
  • Garam (Jika perlu-sebab ikan bilis sudah masin)
  • Air secukupnya

Kisar:
  • 7 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • Sedikit halia

Cara-cara 


  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum.
  2. Kemudian masuk cili kisar dan tumis hingga garing.
  3. Masukan asam jawa, air (sedikit-jika perlu), garam, secukup rasa, kacau dan masak hingga pekat.
  4. Masukan petai dan hirisan bawang besar, masak sekejap hingga bawang layu.
  5. Sedia dihidang.




* Kalau nak masukkan santan pun boleh juga. Tapi resepi saya ni saya tak masukkan lah, sempoi kan..janji sedap..;P




Ini versi yang saya buat bila petai dikupas kulit dan dibelah dua. 




No comments:

Post a Comment

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...