Sebut saja, nasi arab mesti teringat nasi arab kat Saba Restaurant ni. Ini kali kedua dah kami berkunjung ke Saba Restaurant yang terletak di Setiawangsa. Mungkin lain kali boleh cuba pergi ke cawangan Saba Restaurant kat Cyberjaya pula.
Antara menu nasi yang terdapat di sini ialah Kabsah Lamb, Hanith Lamb, Mandi lamb, Kabsah Chicken, Hanith Chicken, Mandi Chiken. Soup pula ada Mushroom Cream Soup, Chicken Cream Soup dan Lamb Soup. Menu-menu lain pun ada juga. Semua menarik dan nampak macam sedap je.
Kali ni, saya dan family (suami dan anak saya je.hehehe)..jalan-jalan cari makan lagi ke Restaurant Saba Setiawangsa yang terletak di Dataran Jelatek. Restoran ini terletak berhadapan dengan stesen LRT Setiawangsa. Restorannya terletak di tingkat 1 dan 2. Kami makan di tingkat 1, outdoor sket, boleh tengok pemandangan dari bawah. Read more »
Set hidangan yang kami makan kali ni, Hanith Chicken, Kabsah Chicken dan Lamb Soup (Sup Kambing). Sebut pasal sup kambing ni, mula-mula tak nak order..sebab takot tak sedap, yela kambing mesti bau nya yang....... tapi, try juga order, nak rasa..perrrhh..sedap..memang sedap..Minuman pula kami pilih jus tembikai dan jus manggo. Jus di sini dihidangkan di dalam cawan plastik.
Bagi hidangan nasi terdapat dalam dua saiz hidangan iaitu half dan quarter. Suami cakap orang arab memang makan nasi banyak, sebab tu ada hidangan yang half (makan sorang memang tak habis). Kami ambil hidangan yang quater je (sepinggan nasi biasa). Itu pun saya makan tak habis. huhuhu... Beras yang digunakan adalah beras yang berkualiti macam beras basmathi kot sebab nasinya panjang-panjang. Ayam pula akan dihidangkan bersama dengan sambal dan sejenis kuah (tak pasti orang panggi apa).
Kesimpulannya, makan kat sini best jugak la. Rata-rata pengunjung kat sini cakap makan kat sini sedap dan harga pun berpatutan (ok la...).
Bagi yang ingin rasa sendiri makanan di sini boleh la ke alamat ini:
Restoran Saba Setiawangsa
KL Dataran Jelatek
1-01 Dataran Jelatek
Jalan Jelatek, Setiawangsa
54200 Kuala Lumpur
dan boleh lawat web http://www.sabaholdings.com.my/index.html
No comments:
Post a Comment
NOTE:
Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)