Genius aulad


Followers

Friday, June 28, 2013

Hidangan Petang Celup Tepung (Kentang & Seafood Ball)

Selamat Petang..(Kalau petang la...:),

Kali ni nak share resepi yang baru dicuba untuk hidangan waktu-waktu petang bersama seisi keluarga.  Macam mana resepi ni yer?? Ok, pernah tengok tak apa ni?


Selalu jual kat tepi-tepi pantai, pasar-malam pun ada....ini satay seafood pelbagai sebelum digoreng celup tepung. Ini la yang saya akan goreng. Cuma tambah ubi kentang jika mahu. Resepi ni dari adik saya yang gemarkannya. 

Bahan-bahan

Seafood pelbagai (ada yang dijual dalam paket)
5 biji ubi kentang
2 sudu besar tepung gandum
6 sudu besar tepung beras
1 sudu besar tepung jagung
secubit garam
secubit gula
sebiji telur


Cara-cara
  1. Pertama sekali, sediakan semua fishball, prawnball, crabball dan lain-lain. 
  2. Selepas tu, ubi kentang dikupas, dan potong sederhana kecil. 
  3. Kemudian, gaul semua tepung ke dalam mangkuk.
  4. Masukkan telur kacau sebati.
  5. Masukkan gula, garam dan gaul lagi.
  6. Celup semua seafood balls dan ubi kentang tadi dan goreng sehingga garing.
  7. Sedia dihidang dan sedap dimakan dengan sos cili.




Nak sedap, guna sos ni..(juga adik saya yang recomend.hehehe..)



Nak sedap lagi, makan petang bersama sambil minum teh ais untuk menghilang kan dahaga pada hari cuaca yang panas. fuhhhh....






No comments:

Post a Comment

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...