Hai, kali ni saya nak kongsikan resepi Kek Lapis Tembikai yang simple ni. Teringin nak buat kek ni, sebab nampak cantik. Berlapis macam real buah tembikai ni. hehehe....
Memandangkan ini percubaan yang pertama saya buat yang kecik je la dulu. Resepi asal dari http://www.myresipi.com untuk 8" x 8" x 2.5". Nak mudah saya bahagi dua semua bahan-bahannya.
Bahan-bahan
- 5 Biji telur
- 250gm mentega
- 1/2 cawan gula
- 1 1/2 tepung gandum
- 1/2 horliks
- 1/4 tin susu pekat
- 1/2 tin kecil sri kaya
- 1 sudu kecil perasa tembikai
- Pewarna merah
- Pandan paste/ Pewarna hijau
- Kismis hitam secukupnya
Cara-cara
- Pukul gula dan mentega hingga kembang
- Masukkan telur satu persatu
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Pukul lagi sehingga rata.
- Masukkan horlicks dan perisa tembikai dan pukul lagi.
- Masukkan sri kaya dan susu dan pukul hingga rata.
- Bahagikan adunan kepada 3 bahagian:
- 3 senduk (tambah pandan paste-untuk kulit tembikai
- 2 senduk biar plain untuk bahagian tengah buah tembikai
- selebihnya tambah pewarna merah untuk isi tembikai yang merah menyala tu.:)
- Kismis hitam di masukkan di atas lapisan warna merah.
- Bakar warna hijau 3 lapis. Kemudian warna plain 2 lapis. Diikuti dengan warna merah.
- Dah siap bakar semua, sejukkan dan boleh la hidangkan..
No comments:
Post a Comment
NOTE:
Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)